108) PENGURUSAN KRISIS AIR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan projek Langat 2?
-
Apakah status terkini penstrukturan semula pemegang-pemegang konsesi syarikat bekalan air?
108) KEMATIAN AKIBAT COVID-19 DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai kes kematian COVID-19 di Selangor mengikut bulan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Nyatakan jumlah permohonan yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengenai bantuan khairat kematian RM1,000 disebabkan COVID-19.
108) PEMELIHARAAN BUDAYA DAN WARISAN ORANG ASLI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha yang diambil untuk memelihara dan mempromosikan budaya dan warisan orang asli Selangor?
-
Adakah terdapat geran atau bantuan khas disediakan untuk melaksanakan inisiatif pemeliharaan budaya mereka?
-
Adakah terdapat inisiatif untuk membangunkan platform digital yang memaparkan maklumat tentang budaya mereka?
108) PELABURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan pemohonan Malaysia My 2 Home (MM2H) yang mohon untuk menetap di Selangor bagi tahun 2023 dan 2024.
-
Sila nyatakan senarai pemohonan tersebut mengikut negara asal.
-
Sila nyatakan jumlah dan sektor pelaburan dari pemohon Malaysia My 2 Home (MM2H) yang menetap di Selangor?
108) LAMPU ISYARAT SIMPANG EMPAT TAMAN BAYU PERDANA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR bercadang untuk menukar kabel-kabel dan petola lampu isyarat simpang empat taman bayu perdana yang sudah usang dan sentiasa mengalami masalah teknikal berfungsi?
108) PASIR LAUT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan permohonan yang pernah diterima untuk menjalankan aktiviti melombong pasir laut di kawasan persisiran pantai 5 batu nautika Selangor.
-
Apakah dasar terkini kerajaan terhadap industri ini?
-
Adakah dasar ini boleh diperbaiki memandangkan memang terdapat permintaan terhadap pasir laut untuk tujuan tambakan tanah dalam pembinaan lebuhraya?
108) PROGRAM KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan syarat-syarat terkini bagi warga Selangor yang ingin mendaftarkan diri bawah program dengan kad peduli sihat?
-
Berapakah kuota Kad Peduli Sihat bawah DUN Bandar Utama dan berapakah jumlah yang berdaftar di bawah DUN Bandar Utama setakat ini?
108) KEJIRANAN HIJAU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah aspek-aspek yang ditekankan dalam kejiranan hijau dalam konteks Negeri Selangor?
-
Senaraikan PBT yang telah melaksanakan kejiranan hijau dalam perancagan tempatan.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai satu sasaran untuk melaksanakannya?
108) BINA SEMULA RUMAH PANGSA KERAMAT AU2A
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi membolehkan pembinaan semula Rumah Pangsa Keramat AU2A?
108) PRODUK PELANCONGAN DAN WARISAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan dengan Galeri Seni dan Muzium Tekstil di Royal Klang Club yang berjumlah RM30 juta serta Muzium Setem di Shah Alam yang berjumlah RM15 juta? Sila huraikan dengan terperinci.
-
Bagaimana pula tentang perancangan Projek Peta Kebudayaan?