107) PENDAPATAN PASIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pendapatan dalam bentuk royalti yang dijana kerajaan Selangor daripada penjualan pasir bermula tahun 2006 hingga 2012?
-
Berapa banyak dividen yang telah dibayar oleh Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 2008?
107) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan yang telah dibina dan diserah milik sejak pakatan rakyat memerintah?
-
Bagaimanakah proses agihan pembelian, kawalan dan sasaran kepada pemilikan rumah pertama pembeli?
-
berapa peratuskah pembinaan daripada seluruh pemajuan perumahan di Negeri Selangor?
107) PENGGANTIAN PEKERJA ASING DENGAN ANAK TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berkaitan pengurangan kebergantungan KDEB terhadap pekerja asing, apakah usaha setakat ini untuk memperkenalkan Inisiatif Operator Perkhidmatan di Selangor?
-
Berapa warga tempatan B40 dan miskin tegar yang telah menyertai IOP? Nyatakan 3 DUN yang mendapat sambutan yang tertinggi.
107) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak rumah mampu milik yang telah dibina?
-
Berapa ramai yang telah berjaya memiliki rumah mampu milik ini/
-
Siapakah golongan sasaran yang layak untuk menerima skim rumah mampu milik ini? Di manakah lokasi perumahan itu telah dibina?
107) PERUNTUKAN KEPADA SJKT
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua sekolah SJKT yang telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dari tahun 2005 hingga 2011 setiap tahun.
107) MASALAH PEMBERIAN TANAH DI KAMPUNG KERETAPI BUKIT BADONG
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah pemberian tanah kepada peneroka-peneroka di Kampung Keretapi Bukit Badong ini akan diselesaikan?
107) PELAN PEMBANGUNAN PENEROKA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk memudahcara implementasi Pelan Pembangunan Peneroka yang melibatkan penggunaan tanah melalui Akta Tanah (kawasan penempatan berkelompok) 1960 dan Perjanjian Bersama Antara FELDA dan Kerajaan Negeri?
107) KEROSAKAN SEBAHAGIAN JALAN ABDUL MANAN BERLAKU SEJAK BULAN JANUARI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bilakah kerja baikpulih akan dilaksanakan?
-
Berapakah anggaran kos baikpulih serta belum beroleh peruntukan?
107) TANAH INDUSTRI DI PETALING JAYA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua tanah industri di Petaling Jaya yang mempunyai tempoh pajakan kurang daripada 10 tahun.
-
Sila senaraikan semua tanah industri di Petaling Jaya yang telah dilanjutkan tempoh pajakan atau telah ditukar syarat nyata tanah dalam tahun 2020 dan 2021.
107) INISATIF KHAS UNTUK MEMBANTU USAHAWAN MELAYU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat bantuan atau pun skim khas oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu kelompok usahawan Melayu yang ingin memulakan perniagaan dalam industri kecil dan sederhana?
-
Berapa ramaikah usahawan Melayu yang telah berjaya dilahirkan menerusi skim pinjaman oleh Yayasan Hijrah Selangor?