107) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme yang digunapakai untuk menilai prestasi para PeBS?
-
Sekiranya seorang PeBS gagal mempamerkan prestasi yang baik, bagaimanakah proses untuk mengganti PeBS tersebut dengan calon yang baru?
107) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pelajar IPTA dan IPTS yang menerima kemudahan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor mengikut pecahan kaum bagi 2008.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2008.
-
Sila nyatakan tahap pencapaian akademik para pelajar yang menerima kemudahan Pinjaman tersebut dan nyatakan juga bagaimanakah prestasi bayaran balik pinjaman yang diterima oleh para pelajar selepas tamat pengajian
107) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah Majlis Perbandaran Klang dapat menambah satu laluan bas Smart Selangor di Pandamaran? Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
107) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang diumumkan pada 4 Mac lalu dalam usaha memacu perkembangan ekonomi di Negeri Selangor
107) KUTIPAN CUKAI PINTU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Selangor terpaksa menanggung tunggakan cukai pintu lebih RM1 bilion apabila kebanyakan syarikat, pemilik bangunan dan persatuan liat menunaikan tanggungjawab itu sejak lima tahun lepas. Berapa lamakah tempoh yang diberikan bagi pihak terbabit membereskan bayaran yang tertunggak?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap mereka yang enggan melangsaikan cukai pintu tertunggak dalam tempoh yang dinyatakan? Adakah mereka yang gagal diberi penyapu seperti sebelum ini?
107) PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKTOR PADI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini cara menanam padi dengan menggunakan mesin Transplanter mengenai keberkesanan dan kos pengendalian serta faedah kepada petani.
-
Bagaimanakah perkembangan terkini tentang program pengurusan Jerami padi di Negeri Selangor dan apakah kegunaan sebenar Jerami tersebut ?
-
Sila nyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk membuka lebih banyak kawasan penanaman padi yang baru di Negeri Selangor demi untuk meningkatkan pengeluaran padi dan seterusnya dapat mengurangkan masalah krisis bekalan makanan?
107) KES PENCEMARAN SUNGAI GONG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan akan merayu terhadap kes berkenaan?
-
Apakah kerajaan sudah menjalankan kajian bagi memperketatkan undang-undang bagi memastikan perkara ini tidak berlaku?
-
Adakah kerajaan akan menukar DPP bagi menguruskan kes berkenaan?
107) MAAHAD TAHFIZ
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan lokasi maahad tahfiz yang berdaftar di Selangor mengikut daerah?
-
Nyatakan statistik bilangan pelajar dan guru maahad tahfiz mengikut daerah?
-
Apakah isu-isu yang timbul dan apakah inisiatif kerajaan untuk membantunya?
107) MASJID BARU (JUMLAH 2)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Masjid Kota Damansara 2 - Sejauh manakah tindakan kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan masjid ini terbina mengikut jadual ?
-
Masjid Subang Bestari - Sejauh manakah tindakan kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan masjid ini terbina mengikut jadual?
107) BANTUAN KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri yakin bantuan untuk asnaf zakat dan JKM diterima oleh golongan yang berkelayakan?
-
Nyatakan kekerapan pemantauan dan kemaskini data penerima bantuan dilakukan dalam setiap tahun
-
Nyatakan statistik penerima bantuan JKM mengikut etnik dan jenis bagi tahun 2015.