107) BAYARAN LETAK KERETA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan atau memansuhkan sekali bayaran letak kereta di pekan Ijok and Pekan Seri Berjuntai yang telah membebankan masyarakat miskin luar bandar?
107) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah Majlis Perbandaran Klang dapat menambah satu laluan bas Smart Selangor di Pandamaran? Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
107) BAS WANITA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan bas berhenti-henti yang dikhaskan untuk wanita ?
107) PENYELENGGARAAN KOLAM-KOLAM TAKUNGAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan pihak MPKj dan JPS selalu saling menolak tanggungjawab terhadap penyelenggaraan kolam-kolam takungan, bolehkah pihak kerajaan memberi petunjuk yang jelas mengenainya?
107) PENCEMARAN BAU KILANG PLYWOOD SITE A SEKINCHAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah status terkini kilang tersebut?
-
Sila nyatakan apakah bentuk tindakan yang telah diambil terhadap kilang tersebut?
-
Sila huraikan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang pihak JAS untuk mencegah masalah pencemaran bau tersebut daripada berulang kembali
107) KEMPEN BEBAS BEG PLASTIK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik terkumpul sehingga 2021 dan dimanakah wang tersebut dibelanjakan?
-
Mampukah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik disalurkan kepada PBT bagi sumbangan tong sampah percuma kepada penduduk?
107) CYBER CAFE
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil
-
Sejauh mana keberkesanan terhadap tindakan yang diambil
-
Terdapat juga pusat ini telah diambil tindakan tetapi terus beroperasi, apakah masalahnya?
107) KLORR DAN HAK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek ini akan dimulakan?
-
Apakah ada kuasa dan hak Kerajaan Negeri Selangor dalam pemantauan perjalanan projek khasnya di segi pembelian tanah-tanah persendirian hak rakyat?
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menentukan jumlah bayaran bagi penggunaan tanah sekiranya projek ini dijalankan?
107) BILANGAN RUMAH DI MBPJ
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri bilangan unit rumah di MBPJ mengikut setiap seksyen.
-
Sila juga beri pecahan mengikut jenis perumahan, seperti rumah teres, pangsapuri, pangsapuri servis, SOHO, dan lain lain
107) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJK(C)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap tahun dari 2008 hingga 2015 untuk program bantuan SJK (C)?
-
Berapa jumlah sekolah yang telah dibantu di bawah program bantuan SJK(C) setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?