12) GELANGGANG FUTSAL RAKYAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak gelanggang futsal rakyat yang telah dibina dan dinaiktaraf oleh kerajaan negeri dari tahun 2008 - 2013. Sila senaraikan mengikut daerah
-
Berapa kos yang telah digunakan untuk pembinaan tersebut ?
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan dana bagi penyelenggaraan gelanggang terbabit. Jika ada berapakah jumlahnya?
12) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sejak penubuhannya sehingga Ogos 2009, PNSB telah mengeluarkan sejumlah RM110,557.40 sumbangan kepada PEKAWANIS: Bagaimanakah sumbangan ini disalurkan; adakah secara pembayaran langsung atau dimasukkan dahulu ke dalam akaun PEKAWANIS?
-
Apakah proses dan prosedur yang diguna pakai oleh PNSB bagi meluluskan permohonan daripada PEKAWANIS?
-
Apakah garis panduan yang diberikan oleh Kerajaan kepada PNSB agar penyaluran dana daripada PNSB seperti yang telah berlaku kepada BALKIS tidak berulang?
12) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI KAWASAN DUN BALAKONG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai di DUN Balakong pada tempoh sepuluh tahun yang kebelakangan ini?
-
Berapakah jumlah projek terbengkalai yang berjaya diatasi pada tempoh tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
12) LANGKAH PEMELIHARAAN PERMATANG KUARZA GOMBAK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah semasa yang diambil oleh kerajaan bagi memelihara kawasan Permatang Kuarza, Gombak dan melindungi persekitarannya sementara proses pengiktirafan UNESCO diperolehi?
12) ISU KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam usaha untuk menangani kes jenayah yang semakin meningkat di kawasan bandar di Negeri Selangor?
-
Apakah bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dan PDRM serta agensi berkaitan di dalam usaha untuk menangani masalah jenayah di Negeri Selangor?
12) HAK PENEROKA/WARIS TANAH KAMPUNG TELOK GONG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan peneroka/waris peneroka asal yang masih belum mendapat geran tanah?
-
Apakah langkah penyelesaian pihak kerajaan sekiranya terdapat pemilik berdaftar yang enggan menyerahkan hak milik mereka?
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan butiran penuh peneroka-peneroka tersebut secara bertulis?
12) PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri boleh memastikan elaun petugas-petugas yang bertugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang rata-rata kini berada bawah paras gaji minima RM1100 dapat dipertingkatkan?
12) RANCANGAN KAWASAN KHAS KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status perlaksanaan Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu.
-
Nyatakan cadangan-cadangan tindakan dan jumlah peruntukan untuk RKK tersebut bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.
12) PEWARTAAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DAN KAWASAN RAYAU SELURUH SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pewartaan perkampungan orang asli dan kawasan rayau seluruh Selangor.
-
Apakah halangan yang dihadapi dan penyelesaiannya?
-
Apakah status pewartaan perkampungan orang asli Pulau Kempas di Kuala Langat?
12) KERJA PEMBERSIHAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Pihak Berkuasa Tempatan terus menggunakan kontraktor bagi kerja-kerja selenggara seperti pembersihan dan pembuangan sampah walaupun kerja para kontraktor tidak memuaskan. Bagaimana kontraktor yang kerja-kerja mereka tidak memuaskan masih diberi kontrak bagi kerja-kerja selenggara?
-
Apakah prosedur pemberian kontrak dan adakah kerja pemantau dan semakan kerja-kerja yang dibuat dijalankan oleh PBT?
-
Senaraikan seluruh kontraktor yang melakukan kerja-kerja selenggara dll serta tempoh kontrak yang telah diberi sehingga kini.