106) MENTERI BESAR INCORPORATED
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan semua anak syarikat MBI dan anak-anak syarikatnya serta struktur pegangan syer
-
Butirkan laporan kewangan terperinci MBI bagi tahun 2004-2013.
-
Adakah kerajaan negeri berpuas hati dengan prestasi kewangan MBI untuk 2008-2013?
106) BENGKEL DAYA KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat memberi peruntukan kepada bengkel daya Klang memandangkan ianya hanya satu-satunya bengkel OKU di Selangor saja?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat bantu bengkel ini jika tidak dalam pertimbangan?
106) KES DEMAM DENGGI DAN TINDAKAN OLEH KERAJAAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Setakat bulan Disember tahun 2010, berapakah jumlah kes demam denggi yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah ?
-
Berapakah kes maut yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang dan akan di lakukan bagi mengatasi atau mengurangi kes denggi di Negeri Selangor ?
106) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan jangka masa pendek dan panjang supaya pencemaran sungai akan terkawal?
-
Sumbangan utama pencemaran di sungai adalah terdiri daripada sampah, air buangan kilang dan air sisa. Apakah pelan Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu ini?
106) SMUE
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan bantuan khairat kematian SMUE daripada RM500.00 kepada RM1,000.00 atau lebih kerana ramai penduduk yang mengatakan ianya terlalu kecil.
106) PEMASANGAN LAMPU JALAN DI SEMENYIH-BERANANG
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah memasang lampu jalan di sepanjang jalan besar lekas hingga jalan enam kaki Beranang termasuk dalam bajet dan perancangan PBN untuk memajukan negeri Selangor
-
Adakah peruntukan disediakan oleh PBN untuk memasang lampu jalan di lorong-Iorong kampung dan taman-taman yang bertujuan untuk mengelakkan kadar jenayah yang tinggi di Semenyih?
106) HARI TANPA POLISTERINA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewartakan hari tanpa polisterina di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terhadap kesan bahaya penggunaan polisterina?
106) KPI DALAM MEMBALAS SURAT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah purata bilangan surat yang diterima oleh Pejabat MB sebulan?
-
Berapa peratus surat-surat yang dibalas dan yang tidak dibalas?
-
Apakah asasnya mengapa surat-surat tersebut tidak dibalas?
106) PERLUPUSAN SAMPAH DOMESTIK OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak sampah domestik yang dilupuskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sepanjang tahun 2017?
106) THE ASHER
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Maklumat dan aduan telah diterima berkenaan dengan masalah pematuhan undang-undang alam sekitar berkenaan dengan mesin The Asher yang telah digunakan di beberapa PBT di Selangor. Apakah respons kerajaan terhadap aduan dan tuduhan ini?