106) TABUNG INFRA SOSIAL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan projek dan program yang telah menggunakan tabung infra sosial di daerah Kuala Langat sejak tahun 2008 hingga kini?
-
Pecahan penggunaan tabung infra sosial sejak tahun 2008 hingga kini setiap PBT?
-
Adakah jumlahnya akan bertambah pada tahun 2015?
106) PENGGUNAAN APPS WAZE DALAM PENYELESAIAN ADUAN RAKYAT TENTANG LUBANG JALAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menggunakan waze untuk rakyat mengadu tentang lubang jalan.
-
Senaraikan jumlah aduan yang diterima melalui waze mengikut pecahan PBT
-
Sejauh manakah keberkesanan waze ini dalam menyelesaikan aduan rakyat dengan cepat berbanding SOP PBT sedia ada?
106) PROJEK MARRIS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan Projek MARRIS yang telah dijalankan sejak Tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013 di dalam kawasan DUN Telok Datok
106) PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERKAITAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program pengajian di institusi pendidikan tinggi kerajaan yang mendedahkan pelajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0?
106) ISU ANJING LIAR DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA DAN KAWASAN BANDAR BARU SG. BULOH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan segera MBSA untuk menyelesaikan masalah anjing liar yang semakin berleluasa?
-
Berapa kekerapan rondaan dalam sebulan MBSA untuk menangkap anjing liar di dalam kawasan MBSA?
106) PROJEK GERAN SELANGORKU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak yang telah dibelanjakan dari keseluruhan RM 300 Juta yang diperuntukkan ?
-
Berapa banyak NGO yang memperolehi manfaat dari program geran Selangorku khusus dalam program sosial dan penyuburan demokrasi ?
106) SENARAI MAAHAD TAHFIZ & SEKOLAH AGAMA SWASTA YANG TERDAPAT DI DUN JERAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan senarai Maahad Tahfiz dan sekolah agama swasta yang terdapat dalam DUN Jeram sehingga Oktober 2016.
-
Nyatakan bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada dua sekolah berkenaan.
106) PERUNTUKAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN 2018
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah sumbangan kewangan dan peruntukan yang diberi kepada misi bantuan kemanusiaan oleh Kerajaan di kawasan-kawasan yang dilanda bencana dalam atau luar negara sepanjang 2018.
106) PERMASALAHAN SEKITAR ALONG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung terjebaknya anak-anak muda Selangor dengan along?
-
Apakah sebab-sebab utama terjebaknya anak muda dengan along?
-
Bagaimanakah Kerajaan mengatasi masalah ini?
106) JUDI HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pusat judi haram yang ada di Kota Damansara?
-
Apakah tindakan yang sudah diambil?