106) LESEN PENJAJA DI BAWAH DUN TERATAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lesen penjaja baru dikeluarkan pada tahun 2009 dan 2010. Sila jelaskan dengan tapak, nama penjaja dan barang-barangan yang dijual.
106) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Selain dari peruntukan, apakah bentuk bimbingan yang diberikan kepada penyelia PWB?
-
Sehingga kini apakah PWB telah berjaya mencapai sasaran seperti yang dikehendaki?
-
Saya difahamkan masih ada DUN yang belum menubuhkan PWB. Kenapa?
106) KEMUDAHAN WI-FI PERCUMA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma di mana-mana lokasi? Jika ya, sila senaraikan lokasi-lokasi tersebut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma di seluruh Negeri Selangor? Jika ya, bilakah ia akan dilaksanakan? Jika tidak, mengapa?
106) MASALAH PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah status cadangan pemansuhan status hutan simpan kekal ke atas 930 hektar tanah di Kuala Langat Utara?
-
Apakah pihak pembangunan tanah menerima permohonan baru dari pemaju projek yang sebelum ini telahpun ditolak oleh EIA kerana menjejaskan alam semulajadi?
106) PEMASANGAN CCTV DI KAWASAN HOTSPOT JENAYAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan tempatan dapat memasang CCTV di kawasan 'Hotspot' jenayah?
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
106) PEMBINAAN JAMBATAN MENGHUBUNGKAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH FASA 3 DENGAN KAMPUNG BARU SUNGAI BULOH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat perancangan untuk membina jambatan tersebut?
106) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah maklum balas dan respons Suruhanjaya Pilihan raya terhadap permohonan Kerajaan Negeri Selangor agar dikaji dan dilaksanakan pilihan raya peringkat Ahli Majlis?
-
Adakah Kerajaan Negeri yang baru ini mempunyai alternatif atau cara lain bagi membolehkan pilihan raya PBT dijayakan?
106) MEMBINA HOSPITAL BARU DI KAWASAN LUAR BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Orang kampung sangat memerlukan hospital. Adakah kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membina hospital baru di kawasan dun ÊSungai Pelek malah kawasan luar bandar lain di Selangor?
106) PROJEK PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perancangan projek pembangunan Negeri Selangor dalam tempoh 5 tahun ini?
-
Sila senaraikan secara terperinci projek pembangunan yang telah diluluskan dan jumlah keluasan serta anggaran nilai pembangunan?
-
Sila kemukakan berapakah jumlah peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan dan impak terhadap ekonomi Negeri Selangor?
106) TEKNOLOGI BARU PERTANIAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti teknologi-teknologi baru pertanian dalam menuju Smart State?