105) PULANGAN PELABURAN KERAJAAN NEGERI DALAM SEMUA ANAK SYARIKAT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan semua pelaburan kerajaan negeri selangor dalam syarikat dan anak syarikat kerajaan.
-
Sila butirkan pulangan semua pelaburan kerajaan negeri selangor dalam syarikat dan anak syarikat kerajaan sejak pelaburan sehingga sekarang.
105) PROGRAM JOBCARE SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peranan Jobcare Selangor.
-
Berapakah orang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui Jobcare Selangor?
-
Berapakah anggaran yang masih kehilangan kerja di Selangor?
105) HARGA RUMAH MELAMBUNG TINGGI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah yang menyebabkan harga rumah meningkat mendadak?
-
Bagaimanakah cara untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah?
-
Berapakah jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Selangor?
105) CERUN TANAH RUNTUH DI KM12 JALAN RAWANG – SELAYANG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah punca yang menyebabkan insiden keruntuhan cerun tanah di KM12 Jalan Rawang ke Selayang pada 2hb November 2009?
-
Siapakah pihak bertanggungjawab yang menyebabkan keruntuhan cerun tanah ini dan apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan negeri bagi memastikan kestabilan cerun tanah tersebut dan kawasan yang berdekatan?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan insiden cerun tanah runtuh khasnya pada musim-musim hujan?
105) PENCEGAHAN DEPOH KONTENA DI KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah depoh kontena haram yang berada di dalam kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah yang menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalanraya?
105) BANTUAN PENDIDIKAN ANAK SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Dalam Pilihan raya ke 13 baru-baru ini, Pakatan Rakyat telah menguar-uarkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pentadbiran Putrajaya maka semua pinjaman di bawah skim PTPTN akan dihapuskan bagi membantu pelajar-pelajar dari menanggung beban hutang. Sebagai tanda kesediaan Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan misi tersebut apakah kerajaan Negeri Selangor akan menghapuskan semua pinjaman pelajaran di bawah Yayasan Selangor?
-
Apakah Kerajaan Selangor mengiktiraf bantuan pendidikan kepada anak-anak di Selangor yang mempunyai nombor kod kad pengenalan di bawah kod 71?
105) KILANG HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Sila beri statistik bilangan kilang haram di negeri selangor dari tahun 2008 sehingga 2017
-
Mengapa kerajaan negeri masih tidak meroboh kilang haram yang tidak berusaha untuk melalui proses pemutihan?
105) BINGKAS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan merancang untuk menambah kuota peruntukan DUN memandangkan jumlah permohonan terlalu ramai di kalangan B40?
105) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH DALAM TAHUN 2013
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah peruntukan untuk sekolah agama?
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah peruntukan untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah peruntukan untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.
105) ELAUN IMAM MASJID NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Imam di Negeri Selangor dan berapakah elaun bulanan yang diterima?
-
Sila nyatakan dengan jelas apakah terdapat perbezaan jumlah elaun yang diterima oleh Imam yang berkelulusan Universiti Al Azhar dengan Universiti tempatan?
-
Sila nyatakan bilakah kerajaan negeri akan menaikkan elaun dan gaji para Imam ke suatu tahap yang lebih munasabah memandangkan kos saraan hidup semakin meningkat.