105) BANTUAN PELAJAR IPT DALAM DAN LUAR NEGARA DARIPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima dan keseluruhan bantuan bagi IPT dalam dan luar negara ini sejak tahun 2017?
-
Apakah syarat-syarat kelayakan bagi mendapat bantuan tersebut?
-
Bagaimanakah ditentukan nilai bantuan diberikan kepada seorang pelajar?
105) JOM SHOPPING
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kewangan yang diperuntukkan untuk program tersebut sejak diperkenalkan hingga 2013?
-
Senaraikan penerima bantuan jom shopping mengikut daerah, Parlimen dan DUN sejak diperkenalkan hingga 2013?
-
Adakah kerajaan negeri bertindak adil dalam pemberian baucer jom shopping kerana masih ramai lagi yang belum menerima manfaatnya?
105) GERAI MPK DI DUN PANDAMARAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah gerai MPK di bawah DUN Pandamaran
-
Nyatakan jumlah telah disewa dan belum disewa.
105) JUMLAH PASAR MALAM DALAM KAWASAN DUN JERAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pasar malam yang sedia ada mengikut hari di kawasan DUN Jeram sehingga Oktober 2016.
-
Berapakah jumlah peniaga di setiap pasar malam dan cukai yang dikenakan kepada mereka?
105) PROJEK FREE WIFI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan projek wifi percuma untuk seluruh Selangor?
-
Adakah tender terbuka akan dijalankan untuk projek tersebut?
-
Sila berikan butir-butir.
105) TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PIHAK YANG MENCEMAR SUMBER AIR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kompaun dan tindakan penguatkuasaan yang telah dikenakan sepanjang tahun 2019 terhadap pihak yang melepaskan sisa kimia dan bahan pencemaran terhadap sumber air di Selangor.
105) DASAR PEMULIHARAAN TAPAK/BANGUNAN BERSEJARAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memulihara tapak-tapak dan bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah?
-
Apakah bangunan/tapak di Selangor yang diisytiharkan sebagai warisan dunia? Berapakah peruntukan yang diterima daripada dalam dan luar negara untuk pemuliharaannya?
105) RUMAH/KAWASAN LAPANG TERBIAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Kebelakangan ini terdapat banyak rumah/kawasan lapang terbiar menjadi hutan dan tidak diselenggara dengan baik. Adakah Kerajaan boleh menyita rumah/tanah tersebut jika pihak tersebut tidak membersihkan selepas menerima notis beberapa kali?
-
Adakah PBT dapat membersihkan selepas menerima aduan?
105) STATUS PERANCANGAN PROJEK PEMBINAAN BAHARU KOMPLEKS SUKAN MPK DI MERU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan telah diluluskan?
-
Bilakah tempoh mula dan siap projek tersebut?
-
Apakah masalah di tapak cadangan di Lot 5266, 5267 dan Padang Serai Wangi sudah tidak dapat dirundingkan atau ada tapak baru?
105) PERMOHONAN LAMPU ISYARAT DI SIMPANG 3 FASA 3 PUNCAK ALAM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bilangan kenderaan semakin bertambah dengan pertambahan pengguna laluan utama jalan raya ini terutama dari penuntut-penuntut UiTM Puncak Alam, kakitangan UiTM dan penduduk dari kampung berdekatan, yang mengguna laluan ini untuk ke UiTM Puncak Alam, Meru Klang, Shah Alam dan Sg Buloh Kepong. Pejabat Saya telah berhubung dengan bahagian perancangan pembangunan bandar Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tentang aduan penduduk berkaitan lampu isyarat dan laluan kedua ke jalan utama di Fasa 3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina lampu isyarat di Persimpangan di Persiaran Puncak Alam 6, dari arah Taman Perumahan Shah Alam 2 dan Persiaran Puncak Alam 1 dari arah Taman Perumahan Fasa 2, Bandar Puncak Alam?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina lampu isyarat di jalan utama Taman Perumahan Fasa 3 untuk keluar masuk?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina jalan kedua keluar masuk ke Taman Perumahan Seksyen 12, Fasa 3 Puncak Alam yang juga melibatkan penduduk Apartmen, Sekolah Rendah yang sudah setahun beroperasi dan Sekolah Menengah yang hampir siap pembinaannya?