105) PENJUALAN LOT-LOT LIDI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah penjualan lot-lot lidi di Meru sejak 10 tahun lepas di Meru?
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk menghalang penjualan lot lidi oleh pemilik tanah dan tindakan untuk membendung aktiviti penjulan lot-lot lidi?
105) PERUMAHAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kerajaan membantu belia untuk memiliki rumah pertama?
-
Apakah penyelesaian Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi tawaran rumah mampu milik yang tidak mencukupi?
105) PEWARTAAN JALAN BATU BATA SUNGAI PLONG DI BAWAH MARRIS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Jalan Batu Bata Sungai Plong tersebut dapat di wartakan di bawah MARRIS?
-
Mengapakah Pejabat Daerah Tanah Petaling meletakkan crusher run hanya sejauh 200 meter bagi nilaian kerja bernilai RM70,119.00 pada tahun 2016?
105) PERNIAGAAN UPTOWN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Didapati ramai peniaga uptown di Puncak Alam gulung tikar akibat kadar sewa yang tinggi dan kekurangan pengunjung. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
-
Setakat ini bagaimanakah prestasi perniagaan di tapak-tapak uptown kawasan lain?
105) TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar yang digunakan untuk menentukan bilangan tempat letak kereta dalam pembangunan perumahan bertingkat atau komersil?
-
Adakah dasar ini akan dikaji semula memandangkan kebanyakan pembangunan tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi?
-
Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini.
105) BANGUNAN YANG DIBINA DIATAS KAWASAN LAPANG DI TEPI JALAN BUNGA TANJONG 10 TAMAN MUDA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Pihak yang mana memiliki bangunan tersebut?
-
Sila nyatakan status tanah tersebut.
-
Apakah tindakan yang telah diambil dan bila tindakan akan diambil jika bangunan itu dibina secara haram.
105) AMBIL ALIH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berniat untuk mengambil alih pengurusan pangsapuri kos rendah memandangkan banyak pangsapuri kos rendah mengalami masalah kutipan fi penyelenggaraan dan juga tidak dapat menguruskan dengan cekap dan berkesan?
105) SELANGOR SMART CITY
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pelaksanaan Selangor Smart City yang telah dilancarkan sejak Disember 2016?
-
Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan daripada belanjawan yang diperuntukkan iaitu sebanyak RM10 juta pada 2016 dan RM27 juta pada 2017?
105) TEBATAN BANJIR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh JKR/JPS bagi program tebatan banjir di Selangor sejak 2008
-
Banjir masih berulang, kawasan manakah yang menerima impak terbesar, apakah langkah yang diambil
-
Apakah tindakan yang bakal diambil jika banjir perpunca dari aktiviti pembangunan
105) PEMBANGUNAN KEDIAMAN OLEH PKNS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan untuk menangani isu harga jualan kediaman yang tinggi oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sekaligus mengurangkan jumlah kediaman tidak terjual pada masa hadapan?