105) PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan kejiranan yang tertimbul apabila sesebuah pusat jagaan beroperasi di kawasan perumahan.
-
Adakah kerajaan mewartakan tanah untuk kegunaan kebajikan? Senaraikan mengikut lokasi sekiranya ada.
105) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sejak 2008, berapa peratuskah dari 1,662 projek kecil yang telah dijalankan merupakan projek-projek ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri berbanding projek-projek yang mendapat penyaluran dana daripada Kerajaan Pusat?
-
Sejak 2008, apakah pecahan dari peruntukan sebanyak RM4.15 bilion yang bersumber daripada Kerajaan Negeri berbanding dengan daripada Kerajaan Pusat?
-
Adakah peruntukan menambah baik jalan dan longkang di daerah-daerah tersebut turut melibatkan peruntukan wang MARRIS?
105) PERUNTUKAN KEWANGAN KEPADA KELAB DAN PERSATUAN SUKAN SELAIN BOLASEPAK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan kewangan yang disalurkan kepada kelab-kelab dan persatuan-persatuan sukan selain bolasepak di Negeri Selangor pada tahun 2019.
105) KUNCI AIR JALAN PAPAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JPS akan menambah pam air di Kunci Air Jalan Papan?
-
Jika ya, nyataka tarikh.
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
105) ELAUN IMAM MASJID NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Imam di Negeri Selangor dan berapakah elaun bulanan yang diterima?
-
Sila nyatakan dengan jelas apakah terdapat perbezaan jumlah elaun yang diterima oleh Imam yang berkelulusan Universiti Al Azhar dengan Universiti tempatan?
-
Sila nyatakan bilakah kerajaan negeri akan menaikkan elaun dan gaji para Imam ke suatu tahap yang lebih munasabah memandangkan kos saraan hidup semakin meningkat.
105) ELAUN IMAM MASJID NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Imam di Negeri Selangor dan berapakah elaun bulanan yang diterima?
-
Sila nyatakan dengan jelas apakah terdapat perbezaan jumlah elaun yang diterima oleh Imam yang berkelulusan Universiti AI-Azhar dengan Universiti tempatan?
-
Sila nyatakan bilakah Kerajaan Negeri akan menaikkan elaun dan gaji para Imam ke suatu tahap yang lebih munasabah memandangkan kos saraan hidup semakin meningkat?
105) PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membuat pindaan terhadap peruntukan Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 mengenai jarak dari kawasan kediaman? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
-
Apakah cara penyelesaian bagi mengurangkan aduan penduduk terhadap penternakan ayam secara komersial yang berdekatan dengan rumah kediaman?
105) GANGGUAN LALAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Terdapat gangguan masalah lalat terhadap penduduk berpunca dari kawasan ternakan ayam misalnya di Kampung Sesapan Batu Rembau dan Bandar Tasik Kesuma. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah?
-
Apakah garis panduan untuk pengusaha ternakan ayam bagi membendung masalah ini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan sistem ternakan ayam berpusat?
105) PULANGAN PELABURAN KERAJAAN NEGERI DALAM SEMUA ANAK SYARIKAT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan semua pelaburan kerajaan negeri selangor dalam syarikat dan anak syarikat kerajaan.
-
Sila butirkan pulangan semua pelaburan kerajaan negeri selangor dalam syarikat dan anak syarikat kerajaan sejak pelaburan sehingga sekarang.
105) PEMBANGUNAN KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan khusus untuk pembangunan infrastruktur di kawasan kampung?
-
Apakah usaha kerajaan dalam menaik taraf parit dan saliran terutama di kampung-kampung tradisi yang sudah semakin tidak sesuai digunakan?