104) SETINGGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. YAB DATO' Menteri Besar pernah menyatakan dalam dewan yang mulia ini, negeri Selangor berhadapan dengan permasalahan setinggan dan kemiskinan yang serius di kawasan bandar dan pinggir bandar. Apakah Pelan Tindakan Negeri bagi menghadapi isu setinggan ini?

    Klik jawapan »

104) KEBAJIKAN WARGA EMAS

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan warga emas di Selangor?

    Klik jawapan »

104) PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk belia di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan negeri menyokong institusi pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri tempatan khusus untuk golongan belia Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah terdapat rancangan untuk menyediakan lebih banyak pusat rekreasi dan sukan untuk golongan muda?

    Klik jawapan »

104) KAWASAN WARISAN NEGARA DI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kuala Kubu Bharu akan/telah didaftarkan sebagai kawasan warisan negara? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bandar atau pekan di Selangor yang telah didaftarkan sebagai kawasan warisan negara.

    Klik jawapan »

104) POLIS BANTUAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Sudah sampai ke tahap manakah penubuhan Pasukan Polis Bantuan untuk Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat2 sebenar untuk menubuhkan Pasukan ini?

    Klik jawapan »

104) PENWARTAAN TANAH DI DAERAH HULU LANGAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Jumlah permohonan penwartaan tanah dari kawasan lapang ke tanah milik yang telah diproses di daerah Hulu Langat sejak tahun 2004. Sila sebutkan kawasan, saiz tanah, tujuan penwartaan, nama pemohon dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tanah-tanah yang sedang dipohon dan akan diwartakan di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya sejak 8hb Mac 2008.

    Klik jawapan »

  3. Syarat-syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam penwartaan tanah dari kawasan lapang dan rezab hutan kepada tanah milikan

    Klik jawapan »

104) GAJI GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan butir-butir terperinci sekolah-sekolah rendah agama yang terletak di bawah pengendalian Jabatan Agama Islam Selangor mengikut PBT (nama sekolah, lokasi, jumlah murid) dan apakah dasar kerajaan negeri Selangor dalam pengendalian Sekolah Rendah Agama yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan

  2. Berikan maklumat yang terperinci tentang kedudukan kewangan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga bulan Jun. Ulaskan prestasi kewangan JAIS.

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Sekolah-sekolah Agama dalam tahun 2007 serta 2008 dan adakah kerajaan negeri akan mengkaji semula kadar gaji guru sekolah agama sedia ada? Ulaskan.

104) ISU KESAN SAMPINGAN LAMBAKAN WARGA ASING DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani lambakan warga asing yang tinggal di Lembah Jaya dan kawasan sekitarnya?

    Klik jawapan »

104) PERUNTUKAN KAWASAN DEWAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana caranya penggunaan peruntukan RM500,000.00 untuk setiap kawasan Dewan Negeri ?

    Klik jawapan »

104) MASALAH KILANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan kilang yang telah diluluskan semasa program pemutihan kilang dijalankan. Bilangan kilang mengikut daerah/PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan kilang haram di DUN Meru di bawah pentadbiran MPK. Apakah tindakan yang diambil untuk mengekang masalah kilang haram ini?