104) LAMPU ISYARAT JALAN BATU UNJUR DAN JALAN KIM CHUAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Persekutuan akan menukar semua kabel lampu isyarat yang telah rosak di simpang-simpang Jalan Batu Unjur dan Jalan Kim Chuan yang sering berlaku kerosakkan?
104) STATISTIK PERBELANJAAN PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik projek-projek di bawah peruntukan MARRIS bagi DUN Hulu Kelang tahun 2018 setakat ini?
104) SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan inisiatif SEHAT secara lebih luas dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
104) KEDIAMAN MAMPU MILIK
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Di dalam kawasan DUN Dengkil berapakah jumlah rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari tahun 2008 hingga 2012?
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2012?
-
Bagaimanakah proses pemilihan untuk permohonan rumah mampu milik dilaksanakan?
104) JUMLAH RUMAH PENDUDUK DAN PREMIS PERNIAGAAN DI BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah rumah dan premis perniagaan yang sedia ada mengikut fasa di kawasan bandar Puncak Alam termasuk di Sinar Alam dan Alam Suria sehingga Oktober 2016.
104) USAHAWAN DAN INDUSTRI DESA DAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan usahawan dan industri yang dikembangkan melalui desa dan kampung tradisi.
104) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan pada 2018.
-
Nyatakan peratusan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada 2017 yang telah diisi.
104) RUMAH IBADAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai tapak tanah yang diberikan kepada Rumah Beribadat Islam dan Rumah Beribadat Selain Islam.
-
Adakah Kerajaan Selangor bersedia untuk mensyaratkan sebahagian tanah/bangunan untuk projek-projek baru sebagai tempat beribadat agama?
104) TANAH-TANAH BANGLO
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).
-
Sila senaraikan nama pemilik, jumlah premium tanah yang telah dibayar dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).
-
Mengapakah soalan ini tidak dijawab semasa ditanya pada tahun 2008?
104) HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peminjam skim Hijrah yang telah diluluskan
-
Berapakah pertumbuhan ekonomi negeri yang telah berjaya dijana hasil dari skim pinjaman ini
-
Adakah kerajaan berhasrat menambah dana ini secara "multiplying effect"