104) INFRASTRUKTUR UNTUK BELIA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan jenis kemudahan untuk para belia yang telah dibina oleh kerajaan negeri mengikut PBT/Daerah?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu para belia melalui penyediaan kemudahan untuk mereka?
104) SYARIKAT DIBAWAH DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anak syarikat dibawah DEIG?
-
Nyatakan jumlah aset yang dimilik DEIG?
-
Bagaimanakah DEIG mampu meningkatkan pulangan kewangan untuk negeri?
104) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS DI PBT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Mengikut PBT, sila senaraikan nama ahli majlis, zon yang berkenaan, peruntukan yang diperoleh pada tahun 2008-2009 dan 2009-sekarang dan kegunaan peruntukan untuk setiap program atau projek.
-
Senaraikan kegunaan peruntukan ahli-ahli majlis di MPAJ sejak tahun 2008 secara terperinci.
104) APAKAH PROGRAM KETERJAMINAN MAKANAN DI SELANGOR SELAIN DARIPADA PADI?
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis makanan yang menjadi fokus dan dimanakah lokasinya?
-
Bilakah program (a) di atas bermula dan apakah tahap pencapaiannya kini?
104) PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Berapakah elaun setiap bulan yang dibayar kepada beliau ?
-
Berapakah pegawai yang bertugas di pejabatnya ?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar untuk pengurusan pejabatnya ?
104) PROGRAM VAKSINASI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar vaksinasi terkini di Selangor mengikut pecahan DUN atau daerah? Apakah perbandingan kejayaan SELVAX dan program vaksinasi kebangsaan lain?
-
Mengapakah bayaran SELVAX bagi industri lebih mahal dari program PIKAS? Apakah langkah untuk mengurangkannya?
104) PEGAWAI KERAJAAN YANG DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA RASUAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah seseorang pegawai kerajaan akan terus diberhentikan tugas sekiranya beliau ditahan untuk disiasat oleh SPRM?
-
Bagaimana pula kalau beliau didakwa di mahkamah tetapi masih belum disabit bersalah?
104) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah unit rumah mampu milik yang akan, sedang dan siap dibina oleh PKNS sehingga 30 Jun 2016 serta berikan lokasi tapak pembinaan?
-
Berapakah pula unit rumah mampu milik yang akan, sedang dan siap dibina oleh pihak swasta sehingga 30 Jun 2016 serta berikan lokasi tapak pembinaan?
104) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menyediakan perumahan pada kadar harga yang bersesuaian dengan gaji minima RM1500 seperti yang ditetapkan?
-
Berikan senarai projek yang telah dimulakan beserta tarikh penyerahan.
-
Apakah kerajaan bersedia bekerjasama dengan pemaju perumahan terbengkalai untuk diubah menjadi Rumah Selangorku?
104) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan program dan bantuan untuk mengurangkan masalah mental dalam kalangan penjawat awam.
-
Sila nyatakan jumlah penjawat awam yang dirujuk untuk masalah mental bagi tahun 2020 hingga 2024.