103) TINDAKAN TERHADAP PENCEMARAN SUMBER AIR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Dalam masalah gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran, sudahkah Kerajaan mendapat bukti sama ada ianya berlaku disebabkan kecuaian, tidak mengikut SOP, kurang latihan dari segi operasi ataupun perbuatan khianat?
103) BADAN PENGURUS DI PANGSAPURI BERKOS RENDAH 700, PANDAN PERDANA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Walaupun terdapat satu arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor supaya tamatkan badan pengurusan LT Sdn Bhd sebagai pengurus pangsapuri tersebut tetapi sudah satu tahun lebih, tidak ada tindakan. Sila nyatakan sebabsebab.
-
Adakah kerajaan berhak untuk tukar badan pengurusan yang tidak berkesan. Sila nyatakan cara-cara.
103) KONTRAKTOR RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang dikenakan kepada kontraktor yang gagal menyiapkan perumahan yang dirancang yang menyebabkan banyak perumahan terbengkalai di DUN Meru?
-
Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa-mangsa/pembeli rumah terbengkalai yang menyebabkan mereka terpaksa membayar bayaran balik bank, muflis dan menanggung kos hidup yang tinggi?
103) MERCU TANDA KOMUNITI INDIA MUSLIM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Delegasi masyarakat India Muslim telah bertemu dengan Dato Menteri Besar pada tahun 2013 dan memohon sebidang tanah di Selangor untuk didirikan sebuah dewan serbaguna serta bantuan geran tahunan dan dana sokongan. Apakah status permohonan tersebut?
103) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat faedah-faedah yang lain selain daripada elaun bulanan kepada Pengerusi PeBT yang dilantik?
-
Apakah terdapat cadangan kerajaan ingin memperkenalkan program seumpama Parlimen Belia yang melibatkan PeBT?
-
Apakah terdapat cadangan untuk memberikan pendidikan lanjutan kepada Pengerusi yang dilantik?
103) GERAN KEKAL DAN CUKAI TANAH NOMINAL UNTUK TANAH KAMPUNG BARU
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sama ada kerajaan sudah memutus untuk menukar geran tanah Karnpung Baru kepada geran kekal dan penjelasan kerajaan
-
Sama ada cukai tanah nominal RM1 akan ditawarkan kepada tempat-tempat beribadat di Kampung Baru dan penjelasan kerajaan
103) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik kadar kegunaan perkhidmatan bas percuma di Selangor sejak pelaksanaannya pada tahun 2015 sehingga sekarang mengikut PBT?
103) PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan tanah rizab melayu tanpa mengorbankan pemilikan individu?
-
Apakah cadangan kerajaan untuk membantu pemilik lot lidi untuk mendapatkan hak pemilikan tanah?
-
Apakah perancangan untuk membantu pembangunan infra awam di kawasan kampung yang kebanyakannya melalui tanah individu?
103) PENCEMARAN UDARA DI SG AUR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak aduan bahawa pembuangan sampah sepanjang Sg Aur, Klang. Ini telah mengakibatkan pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Apakah tindakan dari MPK untuk menangani masalah ini?
-
Adakah MPK akan menghantar penguatkuasa untuk meronda di kawasan yang telah diambil tindakan untuk memastikan tiada kegiatan haram berterusan?
-
Apakah tindakan terhadap penceroboh ke atas tempat telah MPK letak garis kuning?
103) SKIM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramaikan peserta Skim Hijrah Selangor?
-
Berapa peratus Kadar bayaran balik peserta Hijrah?
-
Berapa peratus yang berjaya sehingga mendapat pendapat melebihi RM 50000 sebulan?