103) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri mengenal pasti pengusaha kegiatan industri yang menjalankan kegiatan berhampiran dengan sungai?
-
Adakah kerajaan negeri melakukan siasatan untuk mengenalpasti pengakhiran pembuangan sisa industri?
103) PROGRAM KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima kad peduli sihat dalam DUN Jeram sehingga kini?
-
Panel klinik yang terlibat dalam DUN Jeram?
103) PROJEK DI BAWAH MBI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek atau program yang dibiayai oleh MBI dan jumlah dikeluarkan dari 2008-2013?
-
Apakah impak atau Òvalue for moneyÓ setiap projek atau program yang dilaksanakan?
-
Bagaimanakah proses kelulusan pembiayaan kewangan oleh MBI?
103) SENARAI PROJEK JKR SELANGOR YANG DITAWARKAN TANPA MELALUI TENDER TERBUKA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah Ketua Pengarah JKR Selangor mempunyai kuasa untuk menawarkan projek tanpa melalui tender terbuka?
-
Senaraikan semua projek JKR Selangor yang ditawarkan tanpa melalui tender terbuka pada tahun 2021 dan 2022.
103) JANGKAAN PENGURANGAN TENAGA KERJA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik jangkaan pengurangan tenaga kerja di Selangor kesan daripada Revolusi Perindustrian 4.0?
103) KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian Selangor?
-
Senaraikan program kesenian dan kebudayaan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
103) STATUS PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang masih berjalan dan yang dihentikan dan apakah sebab pemberhentian tersebut?
103) KEPIMPINAN BELIA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha pembangunan kapisiti (capacity Building) dikalangan Belia di Selangor dari 2013 sehingga kini?
-
Berapa ramaikah pemimpin yang dilahirkan dari program diatas khususnya kursus kepimpinan??
-
Berapa bajet dan saluran yang telah diperuntukan?
103) SYABAS DAN PENGURUSAN AIR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat geran Bantuan kepada usaha menyaman Syabas oleh rakyat?
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti tindakan-tindakan Syabas yang melanggari perjanjian konsesi dan boleh menyebabkan terbatalnya konsesi tersebut?
103) OPS MUNGKAR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Mantan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam pernah turun padang dalam Ops Mungkar bagi membanteras premis hiburan tidak bermoral dan tidak berlesen. Apakah pendekatan yang diambil oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam baru untuk membanteras masalah moral dan maksiat di kalangan orang Islam?
-
Adakah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam baru sanggup turun padang menunjukkan teladan dan sikap serius?
-
Adakah kerajaan negeri mendapat sokongan dari agensi-agensi kerajaan pusat dalam melaksanakan OPS seperti ini?