11) RIZAB KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rizab kerajaan negeri Selangor setakat ini?
-
Bagaimanakah rizab ini dikendali?
-
Berapakah yang boleh ditunaikan?
11) ‘POCKET DEVELOPMENT’ PUNCA BANJIR DAN BENCANA LAIN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri berkenaan dengan 'Pocket Development' khususnya apabila pembangunan tersebut dilihat boleh menyebabkan isu alam sekitar seperti banjir dan sebagainya?
-
Berapa jumlah kelulusan 'Pocket Development' oleh Majlis Perbandaran Sepang yang melibatkan lot-lot lidi di daerah Sepang?
11) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua tapak pelupusan sampah di Selangor dan bekalkan maklumat berikut: PBT yang menggunakannya, keluasan, kapasiti, kapasiti yang telah digunakan, kadar pembuangan sampah (harian/bulanan), tipping fees, dan lain-lain.
11) PROGRAM CERIA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah pangsa kos rendah telah dinaikkan kepada RM 55 juta. Bagaimanakah pengagihan peruntukan tersebut dibuat?
-
Nyatakan flat kos rendah serta nilai yang diterima.
-
Mengapa peruntukan ADUN diambil untuk lunaskan pembayaran tunggakan rumah-rumah kos rendah?
11) PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin semua proses perolehan di Negeri Selangor menjamin prinsip "value for money" dan berintergriti?
11) MENARA TINJAU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang bertanggungjawab terhadap (penjagaan) Taman Rimba Ampang yang tidak diselenggarakan dengan baik?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf taman tersebut?
-
Bilakah Menara Tinjau akan dibuka semula dan apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil terhadap bangunan yang di ketagorikan tidak selamat itu?
11) KUMPULAN WANG AMANAH PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Perbelanjaan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri dibahagi kepada empat kategori penyelenggaraan, iaitu penyelenggaraan rutin, berkala, kecemasan dan pencegahan. Senaraikan terimaan Kumpulan Wang Amanah ini serta amaun dan peratusan yang dibelanjakan untuk setiap satu kategori di atas pada tahun 2013 hingga 2015.
11) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan keluasan pembangunan tanah mengikut kategori jenis pembangunan di setiap daerah dalam negeri Selangor?
11) SIASATAN KESALAHAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Jabatan Alam Sekitar sering memulakan Kertas Siasatan terhadap pelbagai kesalahan alam sekitar. Berapa banyakkah sudah dibawa ke mahkamah dan berapakah kadar kejayaan pendakwaan?
11) PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA LAMA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah progres kerja projek pembangunan semula rumah pangsa lama yang dikenalpasti di Shah Alam, Petaling Jaya dan Hulu Kelang?
-
Apakah kriteria pemilihan rumah pangsa lama untuk projek pembangunan semula tersebut?