103) MASALAH GELANDANGAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu gelandangan di Selangor yang kian meningkat dalam tempoh PKP?
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mewujudkan Pusat Transit Gelandangan di Selangor?
103) TAPAK UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa. Sila berikan butiran tapak-tapak yang telah dikenal pasti dan bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan serta berapakah kos yang terlibat.
103) PERPARITAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Banyak parit parit dan longkang2 di Ijok masih dalam keadaan buruk seperti longkang pecah, air bertakung dan dipenuhi dengan tumbuh tumbuhan yang mengganggu pengaliran air yang memberi kesan buruk pada kesihatan penduduk. Apakah langkah2 mengatasi masalas tersebut?
103) STATUS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI RASAU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Rasau?
-
Syarikat manakah yang telah dilantik untuk kerja-kerja source works?
-
Adakah LRA Sungai Rasau boleh dikomisyen pada 2025 seperti disasarkan?
103) SELGATE HOSPITAL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Berapa buah hospital Selgate akan dibina di Selangor?
-
Sila nyatakan kos bagi setiap Hospital Selgate yang akan dibina.
-
Sila nyatakan status terkini bagi setiap hospital dan masalah dihadapi oleh hospital Selgate tersebut.
103) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah ciri-ciri istimewa Akta 672 ini dan kelebihan Akta ini dalam mengekang tapak pembuangan sisa pepejal haram dan bagaimanakah KDEBWM boleh memainkan peranan yang lebih besar di bawah akta ini sekiranya ianya diperakui PBT di Selangor?
103) KEMPEN HIJAU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pelancaran Kempen Hijau dilakukan di bawah MPKj?
-
Apakah projek dan program yang telah dilakukan?
-
Di manakah tumpuan menghijaukan kawasan di Bandar Baru Bangi?
103) STRUKTUR BAHARU PENGURUSAN AIR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Jelaskan struktur baharu pengurusan air negeri selepas proses penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air selesai dilaksanakan.
103) FRUIT VALLEY
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan Selangor Fruit Valley?
-
Apakah inisiatif seterusnya untuk memajukan produk fruit salad negeri?
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menggalakkan rakyat terlibat dalam pengeluaran fruit salad ?
103) LANTIKAN AHLI PENGARAH WANITA UNTUK SYARIKAT MLIK KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan bagi setiap Syarikat dan Anak Syarikat Milik Kerajaan Negeri bilangan ahli lembaga pengarah dan bilangan ahli lembaga pengarah wanita.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sasaran minima 30% ahli lembaga syarikat wanita?