103) KILANG HARAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik jumlah peserta program pemutihan kilang haram
-
Senaraikan tindakan penguatkuasaan kerajaan terhadap kilang haram yang enggan menyertai program pemutihan
103) NAHAS JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Setiap kali musim perayaan, banyak kejadian nahas jalan raya yang berlaku walaupun terdapat banyak kempen dan OPS yang dijalankan oleh pihak yang terlibat. Apakah kempen keselamatan atau langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
-
Sejauh manakah peranan Kerajaan Negeri bagi memastikan infrastruktur jalan raya yang tidak baik supaya dapat diperbaiki segera dan di selenggara dengan baik sepanjang masa terutama pada waktu puncak dan waktu perayaan?
103) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Lanjutan daripada cadangan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di agensi-agensi Kerajaan Negeri?
103) KIDEX
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kronologi perbincangan pihak konsesi KIDEX Sdn Bhd dengan kerajaan negeri sehingga mendapat persetujuan daripada kerajaan?
103) PENDAPATAN ISI RUMAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah capaian tertinggi Selangor dalam purata pendapatan isi rumah bulanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia?
-
Apakah kriteria untuk pencapaian ini dan daerah manakah yang mencatat purata pendapatan tertinggi?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menaik taraf pendapatan isi rumah rakyat?
103) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
-
Adakah permohonan Skim Mesra Usia Emas / Skim Mesra Insan Istimewa Selangor akan dibuka semula tahun ini (2025)? Jika tiada, apa manfaat yang akan diganti atau diberikan kepada golongan warga emas yang tidak dapat SMUE?
-
Nyatakan jumlah bayaran dan jumlah ahli yang menerima manfaat program ini sejak dilaksanakan dari tahun 2019.
-
Adakah kerajaan negeri merancang untuk menaikkan jumlah pemberian manfaat dari RM150 ke RM200?
103) ALAM SEKITAR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mendepani perubahan iklim?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sistem amaran awal bencana yang berupaya meningkatkan pemantauan, analisis dan penyebaran maklumat?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal pemanasan global akibat pelepasan gas rumah hijau?
103) PENGLIBATAN KAUM BUKAN MELAYU DI DALAM SEKTOR AWAM NEGERI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik sebagai DatoÕ Bandar bagi salah satu Bandaraya di Negeri Selangor ini seperti di Shah Alam dan/atau Petaling Jaya?
-
Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua bagi mana-mana Majlis Daerah dan Tanah di Negeri Selangor ini?
-
Adakah kaum bukan Melayu akan dapat diberi peluang dan dilantik sebagai Pengerusi dan/atau Ketua dan/atau Presiden bagi mana-mana Perbadanan Korporat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya?
103) PENSWASTAAN TEMPAT LETAK KERETA PBT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak konsesi penswastaan tempat letak kereta ditandatangani di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor sehingga sekarang dan siapakah syarikat-syarikat ini?
-
Apakah pulangan yang bakal kerajaan dapat?
-
Adakah kerajaan bercadang membuka konsesi ini melalui tender terbuka.
103) RUMAH KEDAI LAMA TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN MENDUDUKI TIDAK MEMDAPAT LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Rumah kedai yang lama seperti rumah papan di Pandamaran telah dibenarkan untuk dijadikan premis perniagaan. Akan tetapi peniaga baru mengalami kesukaran apabila ingin memohon lesen perniagaan baru di premis lama kerana tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki. Kerajaan perlu mencari cara penyelesaian untuk meluluskan lesen perniagaan di premis tersebut. Apakah cara penyelesaian yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini?