103) SKIM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramaikan peserta Skim Hijrah Selangor?
-
Berapa peratus Kadar bayaran balik peserta Hijrah?
-
Berapa peratus yang berjaya sehingga mendapat pendapat melebihi RM 50000 sebulan?
103) KLINIK KESIHATAN PULAU KETAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat membantu untuk memperbaiki bangunan klinik kesihatan Pulau Ketam yang di bawah selian Kerajaan Negeri memandangkan klinik sediada ini tidak digunakan?
103) GAJI MINIMA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa garis kemiskinan dan gaji minima adalah pada paras RM 1500.00. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat melaksanakan gaji minima ini dan apa masalahnya?
-
Adakah Kerajaan Negeri bertujuan untuk memulakan gaji minima ini pada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri melaksanakan gaji minima ini pada syarikat-syarikat swasta?
103) AIR TERAWAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah loji pembersihan air, lokasi dan kapasitinya di Selangor?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri bagi memastikan masalah ini tidak akan berlaku?
-
Adakah bekalan air tidak terawat boleh diasingkan penggunaan untuk tujuan seperti pili bomba, tandas dan industri?
103) BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peruntukan pembangunan belia dan sukan yang telah dimanfaatkan sehingga Jun 2015 mengikut daerah?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk kenaiktaraf kemudahan sukan perahu layar di Pantai Batu Laut?
-
Bilakah menaiktaraf kemudahan tersebut akan dapat dilaksanakan?
103) Persediaan Sukma 2020
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah tahap persiapan kontinjen negeri Selangor dalam menghadapi kejohanan Sukan Malaysia 2020 yang telah ditangguhkan sehingga 2021?
-
Bagaimanakah kaedah latihan atlet-atlet di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
-
Berapakah kutipan pingat emas yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor?
103) TINDAKAN TERHADAP PENCEMARAN SUMBER AIR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Dalam masalah gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran, sudahkah Kerajaan mendapat bukti sama ada ianya berlaku disebabkan kecuaian, tidak mengikut SOP, kurang latihan dari segi operasi ataupun perbuatan khianat?
103) BADAN PENGURUS DI PANGSAPURI BERKOS RENDAH 700, PANDAN PERDANA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Walaupun terdapat satu arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor supaya tamatkan badan pengurusan LT Sdn Bhd sebagai pengurus pangsapuri tersebut tetapi sudah satu tahun lebih, tidak ada tindakan. Sila nyatakan sebabsebab.
-
Adakah kerajaan berhak untuk tukar badan pengurusan yang tidak berkesan. Sila nyatakan cara-cara.
103) KONTRAKTOR RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang dikenakan kepada kontraktor yang gagal menyiapkan perumahan yang dirancang yang menyebabkan banyak perumahan terbengkalai di DUN Meru?
-
Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa-mangsa/pembeli rumah terbengkalai yang menyebabkan mereka terpaksa membayar bayaran balik bank, muflis dan menanggung kos hidup yang tinggi?
103) PROJEK LOJI INSINERATOR SISA KEPADA TENAGA (WTE)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memilih syarikat YTL Power sebagai rakan kongsi KDEB Waste bagi projek loji insinerator sisa kepada tenaga (WTE) ? Apakah jaminan KDEB Waste tidak akan ditelan oleh YTL berdasarkan saiz kewangan kedua-dua syarikat?