103) PERBELANJAAN AKAUN AMANAH MBPJ
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan semua perbelanjaan dan cadangan perbelanjaan akaun-akaun amanah MBPJ untuk tahun 2020 dan 2021.
103) KESALAHAN HUTAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kes kesalahan hutan yang telah berjaya dikesan oleh JPNS melibatkan kesalahan pencerobohan hutan dan penebangan pokok secara haram.
-
Apakah mekanisme pihak berwajib dalam mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah yang sukar dikesan ketika melakukan kesalahan hutan seperti pembakaran terbuka
103) PENGAMBILAN TANAH BAGI SURAU TAQWANIAH DI KAMPUNG PAYA JARAS HULU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini tentang proses pengambilan tanah bagi surau tersebut?
-
Bilakah jangkaan masalah ini dapat diselesaikan?
103) PENUTUPAN IKYS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap yang telah ditutup mendapat bantahan banyak pihak sehingga dibincangkan usul pembukaan semua. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuka semula Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) tersebut?
-
Bagaimanakah status para pelajar yang telah dipindahkan ke kolej INPENS?
-
Adakah semua pelajar yang terbabit dapat meneruskan latihan menurut bidang mereka?
103) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH (RPKR)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah ada perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk mengecat semula rumah-rumah pangsa kos rendah dalam Negeri Selangor ini?
-
Berapakah pertambahan pelabur-pelabur yang masuk ke Negeri Selangor selepas PKP?
103) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek Rumah Selangorku yang sedang dibina dan dirancang pada tahun ini dan 3 tahun akan datang?
-
Berapakah jumlah terkini projek Rumah Selangorku bagi kawasan Sungai Pelek dan dimanakah lokasinya?
103) PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (PASSB)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan PASSB pada tahun 2016?
-
Bagaimanakah pengurusan baharu ini dapat memastikan bekalan air negeri yang mapan berbanding syarikat konsesi yang lepas?
103) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah projek Rumah Selangorku yang diluluskan pada 2019 mengikut pecahan daerah?
-
Berapa unitkah yang telah siap dibina mengikut pecahan jenis pada 2019?
-
Berapakah jumlah pemohon yang masih belum berjaya mengikut pecahan jenis dan permohonan?
103) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri mengenal pasti pengusaha kegiatan industri yang menjalankan kegiatan berhampiran dengan sungai?
-
Adakah kerajaan negeri melakukan siasatan untuk mengenalpasti pengakhiran pembuangan sisa industri?
103) PROGRAM KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima kad peduli sihat dalam DUN Jeram sehingga kini?
-
Panel klinik yang terlibat dalam DUN Jeram?