102) KAKITANGAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR MASIH BERTARAF KONTRAK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kakitangan kontrak mengikut bahagian perkhidmatan?
-
Berapakah dan bahagian manakah tempoh perkhidmatan kontrak yang terpaksa disambung semula?
-
Apakah keperluan pengambilan jawatan kontrak berdasarkan tugasan dan merujuk keupayaan perbelanjaan kewangan tahunan Jabatan?
102) STATISTIK PENGUATKUASAAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor untuk tahun 2019 dan 2020?
102) KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah yang telah lulus dalam program Kad Peduli Sihat mengikut DUN.
102) PERMOHONAN TANAH TOL DALAM DAERAH GOMBAK BAGI DUN PAYA JARAS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah cadangan dan sokongan ADUN bagi 20 permohonan bagi tanah TOL tidak di proses semenjak bulan Oktober 2016?
102) PADAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang dilaksanakan dalam pemeliharaan dan promosi warisan Selangor?
-
Berapa kali lembaga pengarah PADAT bermesyuarat dalam tahun 2010 dan apakah hasilnya?
-
Apakah pelan dalam penyiapan muzium timah di bangunan Gading Raja Abdullah di Kelang?
102) DASAR PEMBASMIAN KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor akan menyemak semula garis kemiskinan dalam negeri mengikut taraf hidup bandar dan luar bandar?
-
Apakah strategi jangka panjang Kerajaan Selangor dalam usaha pembasmian kemiskinan dalam negeri?
102) PRESTASI GLC
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi terkini setiap anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC)?
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri bagi membuat lantikan di kalangan orang politik yang mempunyai merit dan kelayakan profesional?
-
Apakah ada cadangan untuk menutup atau menggabungkan anak-anak syarikat yang kerugian atau apakah langkah susulan lain yang sedang dan akan dilakukan untuk mengatasinya?
102) BEKALAN ELEKTRIK KE KAMPUNG ORANG ASLI HULU KEMENSAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah yang menghalang bekalan elektrik disalurkan ke Kg Orang Asli Hulu Kemensah?
-
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi tujuan ini?
-
Apakah bentuk kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Pusat agar bekalan elektrik disalurkan segera?
103) ISU BANJIR DI TAMAN MUTIARA BUKIT RAJA, KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan lebat di kawasan Taman Mutiara Bukit Raja, Klang?
-
Apakah wujud perancangan jangka panjang oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
103) PENYELENGGARAAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah PPR yang telah mendapat peruntukan Kerajaan Selangor?
-
Apakah status pemilikan bangunan PPR di bawah Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan?
-
Apakah bentuk keistimewaan di beri oleh Kerajaan Negeri bagi projek PPR ini?