11) UNJURAN PERTAMBAHAN PENDUDUK
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah unjuran pertambahan penduduk di Negeri Selangor menjelang tahun 2040 mengikut daerah?
11) PENCEMARAN SUNGAI BULOH (BAGAN SG BULOH)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan untuk menangani isu pencemaran sungai di Sungai Buloh (Bagan Sg Buloh, Jeram) yang masih tidak berkesudahan?
-
Apakah punca pencemaran tersebut?
11) BILIK PAMERAN KERETA-KERETA TERPAKAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah wujudnya garis panduan negeri untuk menjalankan perniagaan ini dan jika ya, sila nyatakan?
-
Bolehkah pihak negeri memudahkan perniagaan mereka dengan mengemukakan peruntukan tanah dan peruntukan kawasan-kawasan oleh PBT-PBT bagi aktiviti perniagaan ini untuk dijalankan?
11) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah rumah mampu milik yang telah dibina pada tahun 2014 ?
-
Senaraikan daerah-daerah yang terdapat rumah mampu milik di Selangor?
11) PERMASALAHAN KEDIAMAN PPRT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kediaman PPRT di Daerah Sabak Bernam yang dibina diatas tanah rezab JPS dan JKR?
-
Adakah penduduk - penduduk PPRT ini akan diberikan geran hakmilik?
-
Apakah ada perancangan untuk diberikan kepada mereka penempatan baru?
11) DIVIDEN DARIPADA KONSESI TOL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dividen yang telah diterima oleh kerajaan daripada konsesi tol sejak Kerajaan Negeri memegang kepentingan syer di setiap konsesi tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung
-
Nyatakan kesemua lebuh raya yang dipegang syer oleh Kerajaan Negeri sama ada secara langsung atau tidak langsung serta peratusan syer yang dipegang oleh kerajaan di setiap konsesi tersebut
11) SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIS
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nisbah guru dan murid bagi Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi di Negeri Selangor khususnya di kawasan Pelabuhan Klang?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menampung kekurangan guru-guru di Sekolah-Sekolah Agama di Negeri Selangor seperti di SRA Pulau Indah?
11) PENCEROBOHAN TANAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah berkesan yang diambil oleh kerajaan dalam mengatasi pencerobohan tanah milik kerajaan yang berlaku ketika ini. Berapakah kes yang telah dibawa mahkamah?
11) Penyelesaian Isu Flat Seri Berembang & Flat Taman Telok Gedung Indah
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah kerosakan struktur bangunan di Flat Seri Berembang dan Flat Taman Teluk Gedung Indah?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyediakan penempatan sementara bagi keluarga-keluarga yang terjejas?
11) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah pemeriksaan berskala terhadap Wifi Selangorku dilakukan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Nyatakan jumlah lokasi Wifi Selangorku yang kelajuannya adalah kurang daripada 1Mbps mengikut Daerah.
-
Adakah pembekal baru Wifi Selangorku membuka Facebook, Twitter dan emel pegawai bagi orang awam membuat aduan?