102) PROJEK PENGHUTANAN SEMULA BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG DI BAWAH PKPS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Jabatan Hutan Negeri Selangor telah menanam pokok acacia mangium di kawasan seluas 10,000 hektar di Bukit Tarek dan Rantau Panjang. Apabila projek ini bermasalah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) telah diberikan pajakan tanah tersebut selama 50 tahun. Siapakah Pengerusi dan Jemaah Ahli-ahli PKPS ketika PKPS diberikan pajakan ini?
-
Apakah nama syarikat-syarikat serta nama Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat persendirian yang mendapat pajakan selama 50 tahun daripada PKPS untuk penanaman semula kayu balak getah dan sentang?
-
Berapa banyakkah peluang keuntungan yang hilang daripada PKPS kesan daripada pajakan 50 tahun kepada syarikat-syarikat persendirian ini?
102) PELABURAN PROJEK-PROJEK DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan projek-projek yang dilaburkan di Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat dalam tahun 2013.
-
Berapakah nilai pelaburan projek-projek tersebut dalam Ringgit Malaysia?
102) PELABURAN ASING
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Kerajaan telah belanja peruntukkan yang begitu banyak sejak tahun 2008 hanya satu MOU yang telah ditandatangani adakah perbelanjaan kerajaan berbaloi? Sila jelaskan
102) KAMPUNG TRADISIONAL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam pembangunan kampung-kampung tradisional?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan untuk mengekalkan serta memperkayakan tradisi dan adat budaya di kampung-kampung tersebut?
-
Berapakah peruntukan yang disalurkan untuk menjalankan rekod sejarah lisan oleh PADAT dalam 2013 hingga 2017?
102) PELANGGARAN PKP KETIKA MENGHADAPI WABAK COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kes-kes pelanggaran peraturan yang berlaku sepanjang PKP di kalangan? (a) Orang awam (b) Wargakerja Kerajaan Negeri dan PBT (c) Pelajar-pelajar sekolah dan IPT di Selangor
102) PENGAJIAN DI UNISEL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Adakah UNISEL berdikari dari segi kewangan atau mendapat peruntukan tahunan dari Kerajaan Negeri?
-
Benarkah jumlah pelajar kini menurun berbanding dengan tahun sebelumnya?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan panjang bagi memajukan UNISEL?
102) KESIHATAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah doktor kekeluargaan ada di Negeri Selangor dan berapakah jumlah tersebut yang menyertai program Iltizam Sihat Selangor?
-
Berapakah kos terlibat untuk membuka Selcare klinik dan berapa Selcare klinik yang ada di Negeri Selangor?
-
Adakah lebih baik melibatkan doktor- doktor keluarga sebagai barisan hadapan untuk mengantikan Selcare klinik dan lebih ramai rakyat Selangor manfaat daripada ini dan meluaskan program ini juga? Manfaatnya penjimatan pembukaan klinik baru.
102) ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status pencemaran air dan udara di seluruh Negeri Selangor terkini ?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan satu kajian terperinci tentang ÒPencemaran Alam Sekitar dan kesannya Terhadap Rakyat Selangor Ò?
102) FORUM AIR NEGERI SELANGOR 2012
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah tujuan forum ini diadakan?
-
Nyatakan rumusan yang dapat dicapai?
-
Adakah dijangka dengan forum ini masalah air di Selangor akan dapat diatasi?
102) PROGRAM PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang telah dan belum digunakan daripada bajet yang diperuntukkan bagi program PWB bagi Tahun 2015?
-
Nyatakan jenis-jenis dan kriteria-kriteria program yang layak memohon dan menerima peruntukan PWB?
-
Nyatakan bilangan program PWB yang telah dilaksanakan bagi tempoh tahun 2015.