102) PROJEK SG RASAU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status projek Sg Rasau.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri keatas kecuaian kontraktor yang mengakibatkan benteng kolam tadahan pecah?
102) KEHARMONIAN ANTARA KAUM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan melaksanakan apa-apa kajian terhadap tahap keharmonian antara kaum di Selangor?
-
Apakah strategi dan langkah kerajaan negeri untuk mengekalkan keharmonian yang ada?
102) KUOTA 30% WANITA DI JABATAN ATAU AGENSI KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri ada memperuntukan sebarang jenis kuota jantina (contoh : 30% kuota wanita) di bawah mana-mana jabatan, agensi atau portfolio di bawah Kerajaan Negeri Selangor ?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menaikkan prestasi kepimpinan wanita di bawah Negeri Selangor?
102) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Setakat ini, apa pelaburan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri baru? Sila senaraikan.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaburan pada masa akan datang?
102) RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN PUSAT OKU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jumlah rumah anak-anak yatim dan OKU yang didirikan di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.
-
Apakah kriteria yang dikenakan kepada individu dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin memohon lesen rumah anak-anak yatim dan Pusat OKU?
-
Sila nyatakan apakah bentuk bantuan dan juga pemantauan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan operasi rumah anak-anak yatim dan Pusat OKU mengikut garis panduan yang ditetapkan?
102) PENJUALAN ARAK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri melalui PBT di Selangor ada mengamalkan sebarang kawalan dan pengehadan terhadap premis penjualan arak terutamanya di kawasan sensitif seperti sekolah, tempat awam, rumah ibadat dan sebagainya?
102) LALU LINTAS DI BANDAR BARU BANGI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Tidakkah wajar dibina `flyover` merentasi kawasan bulatan selepas Tol Bangi?
-
Wajarkah juga dibina `flyover` merentasi bulatan dari Jalan Reko ke Seksyen 4, 9 dan 7 Bandar Baru Bangi?
-
Adakah cadangan bagi melebar dan menaiktaraf jalan-jalan utama di Bandar Baru Bangi?
102) PECAH RUMAH DAN KECURIAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik kejadian pecah rumah dan kecurian oleh warga asing mengikut negara
-
Apakah perancangan pihak berkuasa khususnya dalam menurunkan kadar jenayah ini serta nyatakan bilangan anggota tambahan yang di tambah bagi keseluruhan Negeri Selangor?
102) JARINGAN PERNIAGAAN KEPADA PARA PETANI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah jaringan perniagaan yang disediakan Kerajaan Negeri kepada petani?
-
Bagaimanakah jaringan ini dapat membantu dalam mengawal harga jualan hasil pertanian di Selangor?
102) GEJALA MURTAD
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Di akhir-akhir ini gejala memurtadkan Umat Islam dikatakan bertambah serius di Negeri Selangor. Tetapi melalui kenyataan akhbar YAB pada 22 Februari 2012, beliau ragu tentang wujudnya gerak kerja memurtadkan orang-orang Melayu/Islam di negeri ini. Minta YAB Menteri Besar menjelaskan pandangan serta posisi yang di ambil oleh beliau berhubung dengan isu murtad di Negeri Selangor?
-
Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, apakah langkah konkrit yang sedang dan akan diambil untuk mencegah gejala murtad yang menjadi kebimbangan Umat Islam di negeri ini?