101) PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN DUN BUKIT GASING
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan statistik bilangan orang penerima setiap jenis bantuan kebajikan (JKM) di DUN Bukit Gasing.
101) PENGGABUNGAN SYARIKAT-SYARIKAT AIR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Dasar penswastaan keperluan asas rakyat seperti air, elektrik serta perubatan telah meningkatkan beban kehidupan rakyat. Kerajaan negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghakmilik negerikan bekalan air . Apakah status terkini proses penggabungan syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengurusan air di Negeri Selangor?
-
Bilakah proses penggabungan syarikat-syarikat terlibat dijangka akan disiapkan dan berapakah kos yang terlibat?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa kadar harga air yang dikenakan adalah munasabah, pada masa yang sama tidak menjejaskan belanjawan Kerajaan Negeri.
101) PROJEK PERUMAHAN Ð SIJIL LAYAK MENDUDUKI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak projek perumahan yang kerja pembinaannya telah siap tetapi gagal memperoleh Sijil layak Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam proses mempercepatkan pengeluaran Sijil Layak Menduduki?
101) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan kes pencemaran sungai yang dikesan pada tahun 2024 dan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah.
-
Nyatakan bilangan sabitan dan jumlah hukuman yang berkaitan.
-
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan peratus kemenangan kes meningkat?
102) PROJEK SG RASAU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status projek Sg Rasau.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri keatas kecuaian kontraktor yang mengakibatkan benteng kolam tadahan pecah?
102) KEHARMONIAN ANTARA KAUM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan melaksanakan apa-apa kajian terhadap tahap keharmonian antara kaum di Selangor?
-
Apakah strategi dan langkah kerajaan negeri untuk mengekalkan keharmonian yang ada?
102) PENJAJARAN PROGRAM PENDIDIKAN TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR 2019
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil dapatan penjajaran program Pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor bagi tahun 2019?
102) KUOTA 30% WANITA DI JABATAN ATAU AGENSI KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri ada memperuntukan sebarang jenis kuota jantina (contoh : 30% kuota wanita) di bawah mana-mana jabatan, agensi atau portfolio di bawah Kerajaan Negeri Selangor ?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menaikkan prestasi kepimpinan wanita di bawah Negeri Selangor?
102) KUALITI AIR SUNGAI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan senarai sungai di Negeri Selangor bersama dengan tahap kualiti air sungai tersebut.
-
Sila senaraikan sungai yang sedang diberi tumpuan untuk menambahbaik kualiti air sungai.
102) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Setakat ini, apa pelaburan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri baru? Sila senaraikan.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaburan pada masa akan datang?