101) JAMBATAN PULAU KETAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Bilakah kerajaan akan memulakan naiktaraf jambatan di Sungai Satu, Pulau Ketam yang telah diluluskan pada tahun lepas?
-
Nyatakan butir-butir kerja tersebut.
101) PREMIUM TANAH KEDAI KG. BARU
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Premium pajakan tanah kedai di Kg. Baru dianggap terlampau tinggi sehingga RM30 kaki persegi. Adakah kerajaan Selangor bercadang mengurangkan kadar ini.
-
Jika ya, bagaimana caranya?
101) PUSAT DIALISIS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah perbelanjaan untuk setiap pusat dialisis yang dirancang oleh kerajaan Selangor?
-
Berapakah pesakit telah menikmati servis ini?
101) Tanah Terbiar
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat cara mengatasi penggunaan tanah terbiar milik kerajaan atau pemaju yang menjadi kegunaan sesuatu pihak yang akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari?
101) PENGALIRAN AIR DI DALAM LONGKANG-LONGKANG DAN PARIT-PARIT DI KAWASAN IJOK TIDAK BAIK, SEHINGGAKAN AIR BERTAKUNG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Berapa kalikah dalam detain longkang-longkang dan parit-parit yang bermasalah dikorek oleh pihak bertanggung jawab?
-
Adakah rancangan untuk baikpulih parit-parit dan longkang-longkang yang airnya tidak mengalir dengan betul oleh sebab kecerunan atau gradient yang tidak betul?
101) SKIM PEDULI SIHAT DAN KISS
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria penerima skim KISS terkini kerana ada yang sudah tidak layak masih menerima skim tersebut?
-
Bagi penerima skim Peduli Sihat yang dibatalkan, kemanakah baki yang masih tidak digunakan tersebut dimasukkan dan berapakah jumlahnya?
101) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN KAKITANGAN DAN STAF SOKONGAN PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berakah gaji asas dan elaun kakitangan?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara kakitangan?
-
Berapakah nilai kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada kakitangan?
101) DENGGI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Demam denggi merebak berleluasa di kebanyakan kawasan majlis perbandaran. Adakah kerja menyembur ubat nyamuk aedes (fogging) yang dijalankan oleh pihak PBT berjaya menangani masalah demam denggi ?
-
Kerajaan telah membelanjakan berapa jumlah wang dalam kerja sembur ubat nyamuk aedes (fogging) dalam tahun 2010 ?
101) JOM SHOPPING PERAYAAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mempertimbangkan nilai baucar JSP perayaan dapat dikurangkan supaya dapat tambah kuota yang sedia ada?
101) PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI DILIHAT TIDAK MENYUMBANG ATLIT KE PERINGKAT NASIONAL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah utama yang dihadapi persatuan sukan di selangor? Huraikan
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan memandangkan banyak kemudahan sukan ada di Negeri Selangor. Huraikan