101) PUSAT SUKAN EKSTRIM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan pusat sukan ekstrem bagi belia yang meminati sukan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ada perancangan kerajaan negeri untuk mengkomersialkan sukan ini ekstrem ini bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini?

    Klik jawapan »

101) PENGGABUNGAN SYARIKAT-SYARIKAT AIR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Dasar penswastaan keperluan asas rakyat seperti air, elektrik serta perubatan telah meningkatkan beban kehidupan rakyat. Kerajaan negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghakmilik negerikan bekalan air . Apakah status terkini proses penggabungan syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengurusan air di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah proses penggabungan syarikat-syarikat terlibat dijangka akan disiapkan dan berapakah kos yang terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa kadar harga air yang dikenakan adalah munasabah, pada masa yang sama tidak menjejaskan belanjawan Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

101) PROJEK PERUMAHAN Ð SIJIL LAYAK MENDUDUKI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat banyak projek perumahan yang kerja pembinaannya telah siap tetapi gagal memperoleh Sijil layak Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam proses mempercepatkan pengeluaran Sijil Layak Menduduki?

    Klik jawapan »

101) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan kes pencemaran sungai yang dikesan pada tahun 2024 dan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bilangan sabitan dan jumlah hukuman yang berkaitan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan peratus kemenangan kes meningkat?

    Klik jawapan »

101) ISU HUTAN BUKIT CERAKAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan hutan Bukit Cerakah di Shah Alam terus dipertahankan dan dipelihara?

    Klik jawapan »

  2. Apakah wujud rancangan pembangunan komersial melibatkan syarikat swasta atau syarikat berkaitan Kerajaan Negeri membabitkan kawasan hutan Bukit Cerakah?

    Klik jawapan »

101) HARGA DAN KEUNTUNGAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. PKNS menetapkan harga rumah mampu milik dari RM60 ribu hingga RM185 ribu mengikut lokasi. Berapakah kos sebenar pembinaan bagi rumah berharga RM60 ribu dan RM185 ribu?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan kos pembinaan?

    Klik jawapan »

  3. Berapa peratuskah margin keuntungan untuk projek perumahan mampu milik tersebut?

    Klik jawapan »

101) MASALAH KEPADA KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sejak Pakatan Rakyat memerintah, berapa banyak geran tanah yang telah diluluskan untuk kampung baru cina dan jumlah kelulusan pajakan baru

    Klik jawapan »

  2. Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada kemajuan dan naik taraf kampung baru cina?

    Klik jawapan »

101) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah inisiatif atau langkah segera untuk menurap dan membaiki jalan yang berlubang dan rosak di DUN Bandar Baru Klang seperti Jalan Haji Sirat dan Jalan Kapar?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan bagi pembangunan infrastuktur di kawasan Bandar Baru Klang?

    Klik jawapan »

101) BAHASA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila jelaskan dimanakah undang-undang yang melarang pemaju untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk projek pembangunan/nama kondominium.

    Klik jawapan »

101) HOTEL-HOTEL BAJET BANYAK DIBINA SEMENJAK PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DARI 2008

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah sumbangan hotel bajet ini kepada pembangunan sosioekonomi negeri?

  2. Berapakah bilangan hotel-hotel bajet di seluruh Selangor sekarang mengikut PBT / daerah?

  3. Apakah langkah kerajaan untuk mengawal selia operasi hotel-hotel?