101) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Harap jelaskan kepada Pusat Khidmat DUN-DUN samada inisiatif-inisiatif peduli rakyat masih kekal diberikan sehingga kini atau tidak
-
Sila juga memberi penjelasan apakah jenis inisiatif peduli rakyat yang telah dibatalkan dan yang telah dikurangkan?
-
Sub-soalan telah di tolak
101) PELANCONGAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha bagi mendapatkan sumber baru ke arah pelancongan Selangor?
-
Senaraikan destinasi-destinasi dan tempat-tempat menarik di Selangor dan perincikan ciri-ciri yang menarik bagi setiap destinasi tersebut.
-
Benarkah Menara Tinjau (Look Out Point) akan dibangunkan dengan Menara Kristal, siapakah yang akan menanggung kos tersebut dan apakah pulanganan balik dalam bentuk RM kepada Kerajaan Negeri? Terangkan prosedurnya
101) TINDAKAN TERHADAP KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang haram yang telah diputuskan bekalan elektrik di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang?
-
Berapakah jumlah pendakwaan yang telah dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Klang terhadap kilang-kilang haram tersebut?
101) PERMOHONAN MELEPASKAN TANAH BEKAS RINTISAN LAMA TNB
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status surat ADUN bertarikh 10 September 2015 bagi permohonan kepada TNB melepaskan tanah rintisan lama di Paya Jaras Hilir?
101) PELABURAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan tahun pertama 2008 dan tahun kedua 2009,mengikut pecahan daerah ?
-
Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?
-
Sila nyatakan apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dan langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor ?
101) KEDUDUKAN KETUA-KETUA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kekalahan BN di Selangor kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 12 bererti jawatan-jawatan politik di Selangor tergugur dengan sendirinya. Apakah jawatan-jawatan politik di Selangor yang dianggap terbatal ?
-
Setakat ini adakah pihak-pihak berkenaan masih berkeras mempertahankan kedudukan mereka ?
-
Jika ada, apakah tindakan yang akan diambil kerajaan negeri ?
101) ISU GISB
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tindakan kerajaan terhadap isu GISB.
-
Adakah GISB masih dibenarkan berniaga di kawasan Bandar Country Homes?
-
Nyatakan tindakan pemulihan terhadap ahli GISB.
101) BAZAAR DARUL EHSAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan untuk baik pulih dan kegunaan Bazar Darul Ehsan?
-
Keadaan semakin uzur Dan sekiranya tidak di uruskan segera, lebih banyak vandalisme akan berlaku.
101) JAMBATAN PULAU KETAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Bilakah kerajaan akan memulakan naiktaraf jambatan di Sungai Satu, Pulau Ketam yang telah diluluskan pada tahun lepas?
-
Nyatakan butir-butir kerja tersebut.
101) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan prestasi sekolah SRAI di Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri ada merancang untuk membina SRAI yang baru bagi menggantikan SRAI Salak Tinggi yang serba dhaif kerana lokasi yang sudah tidak sesuai?