101) STATUS KUIL HARAM DI ATAS LOT 54162 TANAH MILIK HIGHLAND AND LOWLAND DI TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil pihak penguatkuasa tanah Daerah Klang dan MPK terhadap aduan penduduk Taman Sungai Kapar Indah berkenaan satu bangunan kuil di atas tanah milik Highland and Lowland di Taman Sungai Kapar Indah? Nombor rujukan Aduan : 0091/01/2020
101) KES PENYALAHGUNAAN DADAH DAN MAJLIS PERUNDINGAN ANTIDADAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kes-kes penyalahgunaan dadah di Daerah Gombak mengikut mukim dan apakah agensi-agensi yang terlibat di bawah Majlis Perundingan Antidadah Negeri Selangor?
101) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah saranan SELCAT supaya klausa keterbukaan kepada Enakmen Kebebasan Maklumat dimasukkan kepada setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor, agensinya dan PBT sudah dilaksanakan?
-
Butirkan statistik permohonan yang diterima dan diluluskan pada tahun 2015
101) PENGUATKUASAAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Penguatkuasaan adalah satu elemen penting yang menentukan polisi-polisi kerajaan dapat di laksanakan secara telus dan berkesan. Namun dalam kes peniaga-peniaga asing yang berniaga secara terang-terangan tanpa permit di Pasar Besar Klang, nampaknya penguatkuasaan dari Majlis Perbandaran Klang sama ada terlepas pandang atau tidak mendatangkan kesan langsung dalam menangani masalah yang berlarutan begitu lama. Apakah langkah-langkah baru yang akan diperkenalkan oleh MPK bagi mengatasi masalah peniaga-peniaga asing yang bebas beroperasi seawal jam 2 pagi ini ?
-
Apakah bentuk-bentuk denda yang sepatutnya dikenakan ke atas warga asing yang beroperasi secara haram ini dan sejauh manakah keberkesanannya ?
-
Amalan rasuah boleh menyebabkan denda atau tindakan tidak di jalankan atau boleh juga menyebabkan sesuatu operasi yang dirancangkan dipihak PBT seolah-olah dapat di hidu oleh peniaga-peniaga asing sehingga mereka tidak berniaga pada hari-hari berkenaan. Apakah langkah-langkah pihak MPK bagi menjamin amalan rasuah terkutuk ini tidak berlaku di kalangan kakitangannya ?
101) PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN DUN BUKIT GASING
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan statistik bilangan orang penerima setiap jenis bantuan kebajikan (JKM) di DUN Bukit Gasing.
101) HASIL KUTIPAN CUKAI TANAH DAN PREMIUM TANAH UNTUK TAHUN 2018 HINGGA SEKARANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sila beri jadual prestasi kutipan cukai tanah dan premium tanah yang berjaya dikutip oleh PTGS dan kesemua PTD di Selangor sejak tahun 2018 sehingga sekarang dan bandingkan nilai ini dengan jumlah tunggakan yang direkodkan pada penghujung setiap tahun.
101) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab perkhidmatan WIFI Selangorku di 112 lokasi ditamatkan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan semula Program WIFI Percuma di Selangor?
-
Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan dalam Projek Penyewaan Peralatan WIFI Selangorku dengan Extol Corporation S/B?
101) ANAK SYARIKAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan anak syarikat kerajaan (GLC) yang masih tenat dan tidak menguntungkan hingga 2010. Apakah tindakan dan rancangan masa depan kerajaan untuk mengelakkan kerugian setiap tahun
101) TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah geran-geran tanah persendirian ( bukan tujuan komersil ) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sejak 2 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang lalu?
-
Apakah kriteria yang layak dipertimbangkan bagi kelulusan geran-geran tersebut?
101) INDUSTRI SME
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha SITEC untuk memberdaya industri SME dalam bidang e-commerce bagi meningkatkan sumbangan industri tersebut kepada KDNK negara?