100) STADIUM MELAWATI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pendapatan Stadium Melawati pada 2017?
-
Nyatakan kos pengurusan stadium tersebut pada tahun 2017?
100) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah konsep dan mekanisme pelaksanaan biasiswa ini?
-
Apakah bentuk biasiswa yang ditawarkan negeri sebelum ini?
100) KEKERAPAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) SELANGOR KE LUAR NEGARA
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kekerapan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke luar negara.
-
Sebutkan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang selalu kerap ke luar negara dan atas urusan apa?
100) YURAN PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA, APARTMEN DAN KONDOMINIUM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang mengeluarkan satu garis panduan sebagai rujukan oleh pemaju, MC dan JMB dalam menentukan yuran penyelenggaraan yang munasabah memandangkan terdapat banyak perbezaan pendapat dalam perkara ini?
100) KUALITI JALAN RAYA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan Negeri menangani masalah kualiti Jalan Raya Negeri Selangor?
-
Mengapakah spesifikasi ketinggian bonggol tidak diselaraskan?
-
Bagaimanakah cara untuk menangani masalah ini?
100) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Dewan Negeri telah meluluskan usul memulihkan Pilihan raya Kerajaan Tempatan. Apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh kerajaan ke arah ini?
-
Adakah kerajaan sudah mewujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)?
-
Apakah faktor-faktor selain Akta 171 yang boleh menghalang proses ini?
100) STRATEGI PEMBANGUNAN PERUMAHAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Senarai lengkap dan status terkini projek pembangunan perumahan kos rendah bawah RM45,000 di seluruh Selangor pasca PRU13, lokasi setiap projek dan syarikat yang terlibat.
100) PROJEK JAMBATAN KE-3 KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan detail bilakah projek tersebut akan dimulakan ?
-
Sila senaraikan keseluruhan syarikat yang menyertai proses tender terbuka projek tersebut dan nyatakan syarikat yang berjaya dipilih serta latar belakangnya ?
-
Sila nyatakan berapakah tempoh pembinaan dan anggaran kos pembinaan projek tersebut ?
100) MELINDUNGI KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memelihara Kampung Tradisi daripada dicemar oleh aktiviti-aktiviti pembangunan haram seperti yang berlaku di Kampung Tradisi Pulau Indah, Pelabuhan Klang?
101) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah kejayaan Majlis Sukan Negeri Selangor pada tahun 2016?
-
Apakah perancangan pelan jangka masa panjang Majlis Sukan Negeri Selangor?