100) ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini proses penstrukturan semula anak syarikat Negeri Selangor secara terperinc
-
Sila senaraikan nama-nama dan latar belakang Pengurus Syarikat yang baru dilantik serta apakah kriteria yang diguna pakai dalam konteks tersebut?
-
Sila senaraikan jumlah bilangan anak syarikat Negeri Selangor yang masih mengalami kerugian dan huraikan apakah punca sebenar keadaan sedemikian terus berlaku?
100) PERKHIDMATAN WI-FI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan memberi perkhidmatan wi-fi ataupun Internet percuma kepada rakyat Selangor?
-
Adakah tender terbuka akan dijalankan untuk pemilihan kontraktor terlibat?
-
Apakah kos yang terlibat untuk perlaksanaan perkhidmatan ini?
100) DASAR MORATORIUM 25 TAHUN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Dewan Negeri Selangor telah meluluskan Dasar Moratorium 25 tahun hentikan pembalakan dalam kawasan hutan simpan pada tahun 2010. Kini operasi kuari turut dikatakan merosakkan hutan simpan. Sila jelaskan.
100) JALAN, LAMPU JALAN, LAMPU ISYARAT DI BAWAH JKR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Keadaan jalanraya di kawasan Klang tidak begitu memuaskan, begitu juga banyak lampu jalan dan lampu isyarat bawah JKR Selangor tidak berfungsi, ini telah membahayakan kepada pengguna jalanraya. Berapakah peruntukan yang akan pohon dari Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf/ menyelenggara untuk tahun 2019?
100) MEMBENTERAS AJARAN SESAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan ajaran Qadiyani dan ajaran sesat dapat dikawal dari disebarkan di negeri Selangor?
100) LITAR LUMBA DI GOMBAK
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini tentang litar lumba di Gombak? Apakah jangka masa penyiapan litar tersebut?
-
Selain daripada penganjuran acara-acara permotoran, apakah kerajaan juga akan menjadikannya sebagai litar latihan dan terbuka kepada golongan belia dengan kos yang rendah?
100) RIZAH TANAH UNTUK SEKOLAH SK, SMK, SJKC, SJKT DAN SEKOLAH SWASTA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur atau garis panduan atau undang-undang di bawah Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat UPEN, PTGS malahan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia yang perlu dipatuhi untuk menyediakan tanah bagi membangunkan sekolah SK, SMK, SJKC, SJKT dan Sekolah swasta di Selangor?
100) FAHAMAN WAHABI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah sejarah fahaman ini di Selangor dan setakat manakah kesannya terhadap masyarakat?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membanteras fahaman ini?
-
Adakah pihak kerajaan telah mengeluarkan fatwa tentang fahaman ini?
100) PERUNTUKAN TEBATAN BANJIR DARI NEGERI UNTUK MUKIM HULU LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek dan jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Tebatan Banjir di kawasan Mukim Hulu Langat dari 2018 sehingga 2022.
100) HARGA BARANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan membendung harga barang keperluan yang semakin naik?
-
Apakah perancangan bagi membantu petani,penternak dan nelayan menyahut cabaran Kerajaan Persekutuan supaya dapat menambah pendapatan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan bagi membantu golongan ini?