100) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah konsep dan mekanisme pelaksanaan biasiswa ini?
-
Apakah bentuk biasiswa yang ditawarkan negeri sebelum ini?
100) KEKERAPAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) SELANGOR KE LUAR NEGARA
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kekerapan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke luar negara.
-
Sebutkan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang selalu kerap ke luar negara dan atas urusan apa?
100) PEMBANGUNAN SG KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah akan dimulakan kajian komprehensif pembangunan Sg Klang?
-
Apakah tindakan yang dikenakan ke atas pihak yang mencemarkan Sg Klang?
-
Senaraikan nama/syarikat dan jumlah saman yang telah dikeluarkan dari tahun 2013-2015 oleh PBT atas sebab mencemarkan Sg Klang.
100) YURAN PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA, APARTMEN DAN KONDOMINIUM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang mengeluarkan satu garis panduan sebagai rujukan oleh pemaju, MC dan JMB dalam menentukan yuran penyelenggaraan yang munasabah memandangkan terdapat banyak perbezaan pendapat dalam perkara ini?
100) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Dewan Negeri telah meluluskan usul memulihkan Pilihan raya Kerajaan Tempatan. Apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh kerajaan ke arah ini?
-
Adakah kerajaan sudah mewujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)?
-
Apakah faktor-faktor selain Akta 171 yang boleh menghalang proses ini?
100) KEBAJIKAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Penghuraian Exco Kebajikan tentang kadar minimum dan maksimum pemberian Skim Bantuan Am di Selangor RM100 dan RM175 merupakan kedua terendah di Malaysia : Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambahkan peruntukan atau memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar mewujudkan peruntukan yang ditamatkan sejak Januari 2014?
-
Penghuraian Exco Kebajikan tentang jumlah pusingan pembiayaan MIMBAR, berapakah jumlah peserta dan pembiayaan?
-
Berapakah jumlah dan peratus peserta yang masih menerima pembiayaan dalam pusingan seterusnya dan berapakah jumlah dan peratus yang melepasi garis kemiskinan dan tidak lagi menerima pembiayaan?
100) KOMPLEKS SUKAN PELBAGAI GUNA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk membina komplek sukan pelbagai guna di Selangor khususnya di DUN Taman Templer?
100) KESAN JEREBU KE ATAS SEKTOR PELANCONGAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kesan jerebu ke atas sektor pelancongan negeri Selangor sejak beberapa tahun lepas?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah jerebu ini?
100) STATUS KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status kewangan negeri Selangor dari tahun 2005 hingga 2024.
-
Nyatakan rizab negeri Selangor dari tahun 2005 hingga 2024.
100) SMART SELANGOR C5I OPERATIONS CENTRE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini dan pencapaian Smart Selangor C5i Operations Centre?