100) MASALAH BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI SURAI, HULU LANGAT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah memberi percuma sebanyak 20 meter kiub air kepada rakyat Selangor. Dengan itu, pengguna air telah diberi subsidi hampir RM10.00 sebulan. Bagaimanapun Kerajaan Negeri membayar subsidi tersebut kepada syarikat-syarikat konsesi air di Selangor. Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada syarikat konsesi yang berkenaan sehingga kini?
-
Adakah syarikat-syarikat ini menerima pembayaran dari kerajaan mengikut perjanjian yang dipersetujui?
100) KOMPLEKS SUKAN PELBAGAI GUNA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk membina komplek sukan pelbagai guna di Selangor khususnya di DUN Taman Templer?
100) PEMULIHARAAN TASIK DAN LOMBONG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Jelaskan perancangan bersepadu kerajaan bagi pemuliharaan tasik-tasik dan lombong-lombong utama di seluruh Selangor. Berikan pecahan pembangunan bagi tujuan strategik, pelancongan dan rekreasi.
100) PEMBANGUNAN ISLAM DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan untuk pembangunan Islam di Selangor dan nyatakan butiran terperinci tentang bagaimana peruntukan ini telah digunakan untuk pembangunan Islam termasuk program-program pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan negeri seperti JAIS dan MAIS.
100) PERUNTUKAN SUKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi aktiviti sukan di Negeri Selangor bagi tahun 2024?
100) USAHA MEMBERSIHKAN SUNGAI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan tahap pemcemaran Sungai Kuyoh di dalam kawasan DUN Seri Kembangan dan DUN Seri Serdang.
-
Apakah usaha kerajaan untuk membersihkan atau memulihkan sungai yang tercemar?
100) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan projek rumah terbengkalai yang masih belum ada penyelesaiannya sejak tahun 2018?
-
Apakah status Projek Perumahan Taman Di Menara, Kuala Langat oleh Rhea Zadani Corporation Sdn Bhd?
100) KESAN JEREBU KE ATAS SEKTOR PELANCONGAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kesan jerebu ke atas sektor pelancongan negeri Selangor sejak beberapa tahun lepas?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah jerebu ini?
100) BEKALAN AIR BAWAH TANAH DAN TASIK BEKAS LOMBONG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan merancang untuk merawat dan membekal air bawah tanah dan air tasik bekas lombong untuk kegunaan domestik dan industri memandangkan kemelut penstrukturan semula industri bekalan air masih belum diselesaikan sepenuhnya sehingga sekarang?
-
Meminta kerajaan menyeranaikan kawasan-kawasan yang bersesuaian di setiap daerah serta keluasan tanah yang terlibat.
100) PROGRAM KURSUS INSENTIF PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (KIPK)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan semasa progam Kursus Insentif Perkembangan KanakKanak (KIPK) serta berapakah jumlah pendaftaran semasa di bawah I-Asuh bagi pengasuh-pengasuh di rumah?