100) PERANCANGAN BANDAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Mengapakah YB kawasan tidak dimaklumkan rancangan pembangunan dalam kawasan adun sendiri?
100) TEKNOLOGI PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jenis-jenis pertanian yang terdapat dalam Negeri Selangor
-
Senaraikan jenis-jenis pertanian yang boleh menaikkan imej Selangor. Kenapa?
-
Huraikan bagaimana pertanian Selangor boleh membantu mengurangkan kadar pengangguran dan apakah langkah-langkah proaktif yang diambil untuk masa akan datang?
100) PERUNTUKAN TEBATAN BANJIR DARI NEGERI UNTUK MUKIM HULU LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek dan jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Tebatan Banjir di kawasan Mukim Hulu Langat dari 2018 sehingga 2022.
100) PEDULI SIHAT UNTUK KAKITANGAN PKM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bilakah kakitangan PKM akan dapat menikmati skim peduli sihat Selangor?
100) PENGAMBILAN TANAH BAGI TAPAK MASJID KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH MUKIM BATU DAERAH GOMBAK
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi tanah tersebut?
-
Apakah Pejabat Daerah Tanah Gombak telah menerima permohonan pengambilan dari JAIS?
100) PENYENGGARAAN JALAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan MBSA di muka surat 113: Apakah sebab-sebab rancangan penyenggaraan jalan secara berkala tidak disediakan?
-
Apakah sebab-sebab daftar inventori penyenggaraan jalan tidak diselenggara?
-
Apakah sebab-sebab tiada pemantauan dilakukan dan aduan yang diterima lewat diambil tindakan?
100) IBU TUNGGAL
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan ibu tunggal yang terkini mengikut kaum dan umur dalam Negeri Selangor mengikut PBT?
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan bagi membantu ibu tunggal negeri Selangor dua tahun yang lepas dan jumlah kos yang telah digunakan untuk program-program tersebut.
-
Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi membantu ibu tunggal selain daripada bantuan kewangan secara bulanan?
100) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan penerima SMUE (khairat kematian) yang masih tertunggak di seluruh daerah.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan penerima yang tertunggak ini?
100) ELAUN KOODINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN (KPMI)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa bulankah setahun elaun Koodinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang dibayar kepada mereka?
100) HARGA BARANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan membendung harga barang keperluan yang semakin naik?
-
Apakah perancangan bagi membantu petani,penternak dan nelayan menyahut cabaran Kerajaan Persekutuan supaya dapat menambah pendapatan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan bagi membantu golongan ini?