99) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian PWB dari 2015-kini?
-
Apakah elemen dan syarat pemberdayaan menjadi satu syarat untuk setiap program PWB? Jika ya, apakah kayu ukur/KPI yang diguna pakai?
-
Berapakah perincian program yang diterima dan ditolak oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor disebabkan isu (b) setiap DUN?
99) GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA PELAJAR/ AIRBNB
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah progres garis panduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar & Airbnb?
99) PENDAPATAN NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Dari sumber manakah merupakan hasil pendapatan negeri tertinggi dan nyatakan jumlahnya?
-
Huraikan jumlah pendapatan dari tahun 2008 hingga 2012?
100) JKM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan tahunan kerajaan negeri untuk Tabung Bantuan Am JKM?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk tabung ini?
-
Berapakah jumlah kadar bantuan untuk setiap penerima?
100) LAMPU JALAN ROSAK
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Lampu jalan selalu tidak berfungsi di jalan-jalan utama di Bandar Baru Bangi. Apakah masalah sebenar yang menyebabkan lampu-lampu jalan tidak berfungsi
-
Sejauh manakah hutang tidak dibayar oleh agensi-agensi berkenaan
-
Adakah wajar kegagalan membayar tunggakan hutang elektrik, rakyat sebagai penggunaan dijadikan mangsa?
100) CENTRAL SPECTRUM S/B
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah kedudukan kewangan dan berapakah jumlah kakitangan yang terlibat?
-
Apakah status lot perindustrian terkini di tapak Pulau Indah?
-
Apakah masalah di tapak memandangkan projek masih tidak habis dijual?
100) PERTAMBAHAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sejak Januari 2011 hingga ke akhir tahun 2011, pertambahan sisa pepejal terus berlaku antara 12 000 hingga 17 000 ton sebulan. Sagaimanakah kaedah yang digunakan untuk melupuskan jumlah sisa pepejal berkenaan?
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi?
100) PROJEK LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE)?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap bantahan rakyat di Tg. Karang dan daerah Sabak Bernam terhadap cadangan laluan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat daripada Tg.Karang ke Sabak Bernam?
100) PENCAPAIAN JAWATANKUASA TETAP SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah "Key Performance Index" dan "Key Result Areas" Jawatankuasa Tetap di atas?
-
Apakah pencapaian Jawatankuasa Tetap ini setakat September 2010?
100) RUMAH SETINGGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan perumahan setinggan yang masih belum diselesaikan pemindahan atau pemberimilikan tanah.