99) PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MELALUI WANG ZAKAT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah wang zakat Negeri Selangor yang digunakan untuk membiayai pendidikan anak negeri Selangor khususnya di Timur Tengah pada tahun 2011 dan berapakah jumlah pelajar yang mendapat manfaat daripada wang tersebut dengan perincian mengikut daerah.
99) TABUNG BENCANA ALAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan untuk menangani masalah tersebut mengikut susunan daerah masing Ðmasing untuk tahun 2008 hingga tahun 2010
-
Sila nyatakan jumlah mangsa yang menerima bantuan Tabung Bencana Alam bagi tahun 2008 hingga dewasa ini mengikut pecahan daerah masing-masing
-
Sila nyatakan adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan tambahan untuk Tabung Bencana Alam terse but memandangkan permintaan bantuan kian hari kian meningkat
99) PERANCANGAN PEMBAIKAN SISTEM JALAN RAYA/LALU LINTAS DI DUN SELAT KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Kepadatan penduduk di kawasan terhad di Selat Klang mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Sila senaraikan perancangan memastikan masalah diatasi berserta jadual pelan tindakan termasuk jalan baharu oleh semua jabatan terlibat: JKR, PBT, pejabat daerah (luar bandar)
-
Sila kemukakan berserta 'timeline'.
99) PENTERNAKAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun:
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kawasan yang dikenal pasti dan dizonkan sebagai zon industri penternakan mengikut pecahan daerah dan apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi penternakan dalam kawasan bandar khasnya untuk daerah Gombak?
-
Apakah peratusan sumbangan bidang penternakan Negeri Selangor terhadap pasaran tempatan dan luar negara mengikut kategori penternakan bagi tahun 2007-2012?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memodenkan dan mengembangkan industri penternakan di Negeri Selangor dan jenis insentif yang disediakan kepada penternak-penternak?
99) SLIM SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian Program Slim Selangor sejak dilancarkan pada tahun 2019?
-
Adakah terdapat pengurangan kadar obesiti di kalangan warga Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang digunakan untuk pelaksanaan Program Slim Selangor pada tahun 2022? Adakah terdapat usaha untuk memperkembangkan lagi program ini?
99) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek-projek perumahan yang dibangunkan oleh PKNS di seluruh Negeri Selangor sejak 5 tahun yang lepas
-
Sila senaraikan projek-projek perumahan dan kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh PKNS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang masih gagah dijual dan kemukakan apakah punca sebenarnya ?
-
Adakah pihak PKNS membuat kajian terperinci sebelum sesuatu projek itu hendak dijalankan dan kemukakan butiran terperinci kedudukan kewangan PKNS secara bandingan sejak 5 tahun yang lalu
99) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan nama serta statistik perumahan terbengkalai dalam Negeri Selangor mengikut pecahan DUN dan daerah?
-
Apakah status perumahan terbengkalai Flat Transit Kg.Bendahara?
-
Apakah status perumahan terbengkalai bagi pembinaan rumah flat bagi setinggan tambahan bagi Bukit Botak?
99) ELAUN PERUMAHAN EXCO
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Ahli exco tidak menduduki rumah-rumah yang di sediakan oleh kerajaan terdahulu kerana dianggap tidak perlu dan membazir. Berapa peruntukan elaun bulanan perumahan kepada setiap exco?
-
Berapakah jumlah tuntutan perjalanan setiap exco dari kediaman ke pejabat SUK dan kemudahan-kemudahan lainnya?
99) KAWALAN PENCEGAHAN KEBUN DAN RUMAH TERBIAR KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah peraturan dan kesalahan yang akan dinotiskankan atas pemilik?
-
Apakah tindakan lanjut jika pemilik tidak membersih atau memulih kawasan setelah menerima notis?
99) PELABURAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelaburan dan senarai jenis pelaburan di kawasan Bandar Baru Klang dari tahun 2008 hingga 2023?
-
Apakah inisiatif untuk menarik pelabur untuk melabur teknologi hijau (green technology) ke Selangor?
-
Apakah langkah mengalakkan pelabur mengunakan robotik supaya dapat mengurangkan mengambilan pekerja asing?