99) KEBAJIKAN WANITA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberikan ujian Pap Smear percuma bagi golongan wanita di Negeri Selangor?
-
Apakah matlamat dan objektif utama Penubuhan PEKAWANIS dan apakah perbezaan skop PEKAWANIS berbanding PWB?
-
Senaraikan jenis-jenis program atau skim yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan ekonomi golongan wanita atau ibu tunggal di Selangor, serta jumlah peruntukkan yang disediakan untuk tujuan tersebut.
99) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan bagi merealisasikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang di PBT-PBT dan apakah pencapaian-pencapaian yang telah diperolehi?
-
Bagi maksud di atas, apakah kerajaan tidak berhasrat untuk membiayai konsultan luar demi menjayakan cita-cita tersebut.
99) TRAGEDI JAYA SUPERMARKET SEKSYEN 14 PJ
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terbaru terhadap tragedi Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya.
99) LANTIKAN BARU AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan kursus latihan atau seminar untuk menambahkan pengetahuan atau pendedahan para ahli majlis agar mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap Ahli Majlis yang melakukan kesilapan atau menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan tugasan harian?
99) PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan dan bidang kuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang terletak di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
-
Senaraikan perbadanan yang mempunyai peranan yang sama seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam Negeri Selangor.
99) KESELAMATAN JALAN RAYA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan keselamatan pengguna jalan?
99) PAM AIR DI KUNCI AIR TELOK GADONG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status penggantian pam air di Kunci Air Telok Gadong.
99) BANTUAN KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu SJK di Selangor ?
-
Senaraikan SJK dan jumlah bantuan yang diberikan bermula 2008 hingga 2013 mengikut daerah?
99) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah sungai yang tercemar ekoran industri-industri disepanjang sungai?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri melalui LUAS menaik taraf sungai supaya ianya menjadi sumber pendapatan rakyat seperti pelancongan agro, rekreasi, tanaman dan perikanan?
99) PENINGKATAN KES DENGGI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Peningkatan kes denggi dan jumlah kematian di Selangor ketika ini adalah amat membimbangkan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD dalam menangani masalah ini?
-
Ada sesetengah pihak yang meminta bayaran dan setengahnya pula tidak bagi khidmat penyemburan nyamuk sedangkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk khidmat ini. Mengapakah terjadinya sedemikian?