98) BANDAR SUNWAY
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha yang telah dibuat dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan Bandar Sunway sebagai tempat pelancongan di Selangor?
-
Berapakah jumlah pelawat dalam negeri dan negara yang melawati tempat menarik di Bandar Sunway seperti Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid setiap tahun? Sila berikan butir-butir
98) RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK-10)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri sudah mengkaji pencapaian RMK-9 dan prospek RMK10 negeri?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan rakyat Selangor menikmati pendapatan tinggi?
-
Apakah nilai tambah dalam menjayakan prospek RMK-10 negeri Selangor?
98) PERUNTUKAN YANG DIBELANJAKAN OLEH JKM
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang di belanjakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor kepada penerima-penerima bantuan bulanan di seluruh Parlimen Ampang bagi tahun 2010 & 2011 secara terperinci, berikan mengikut UMUR dan BANGSA?
98) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan industri pelancongan negeri Selangor?
-
Pantai Bagan Lalang di Daerah Sepang merupakan tempat pelancongan yang terkenal, apakah jenis sumbangan kerajaan negeri ke atas tempat pelancongan itu?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memelihara kelip-kelip yang hampir pupus di Kuala Selangor supaya ia terus menjadi tarikan pelancongan?
98) MASALAH HAKISAN TEBING LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah langkah yang diambil oleh JPS untuk mengatasi masalah tersebut ?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 secara tuntas ?
98) JALAN UTAMA TERAS JERNANG
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah jalan sempit ini mahu dibaik pulih dan dibesarkan?
-
Adakah akan dibuat perparitan bagi jalan yang tidak mempunyai perparitan ini?
-
Pihak mana yang bertanggungjawab terhadap jalan ini?
98) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PELABURAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah core business Standco ini?
-
Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?
98) SKIM TAWAS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ahli yang telah berdaftar dalam skim ini? Sejak pelancaran program Jom Shopping untuk Skim TAWAS, berapakah jumlah ahli skim tersebut yang mendapat manfaatnya?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan dibelanjakan untuk program Jom Shopping tersebut?
98) JENAYAH ROMPAK DAN BAKAR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Terdapat kejadian rompakan dan bakar rumah di Semenyih dan Kajang dipercayai untuk melupuskan bukti. Apakah pandangan kerajaan negeri terhadap kejadian tersebut?
-
Apakah kejadian ini menjejaskan program "Bandar Selamat"?
-
Apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri melalui PBT?
98) BANTUAN MEMBINA RUMAH KERAJAAN PERIHATIN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos seunit rumah dan bilangan rumah telah siap dibina sejak 2014?
-
Apakah faktor-faktor telah dikenalpasti dan ditambah baik kes lewat binaan rumah pemohon yang telah diluluskan? Senaraikan.
-
Adakah apa-apa pertimbangan khas bagi kes mangsa rumah terbakar untuk mendapat bantuan ini?