98) SKIM TAWAS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ahli yang telah berdaftar dalam skim ini? Sejak pelancaran program Jom Shopping untuk Skim TAWAS, berapakah jumlah ahli skim tersebut yang mendapat manfaatnya?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan dibelanjakan untuk program Jom Shopping tersebut?
98) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan industri pelancongan negeri Selangor?
-
Pantai Bagan Lalang di Daerah Sepang merupakan tempat pelancongan yang terkenal, apakah jenis sumbangan kerajaan negeri ke atas tempat pelancongan itu?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memelihara kelip-kelip yang hampir pupus di Kuala Selangor supaya ia terus menjadi tarikan pelancongan?
98) MASALAH HAKISAN TEBING LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah langkah yang diambil oleh JPS untuk mengatasi masalah tersebut ?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 secara tuntas ?
98) JENAYAH ROMPAK DAN BAKAR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Terdapat kejadian rompakan dan bakar rumah di Semenyih dan Kajang dipercayai untuk melupuskan bukti. Apakah pandangan kerajaan negeri terhadap kejadian tersebut?
-
Apakah kejadian ini menjejaskan program "Bandar Selamat"?
-
Apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri melalui PBT?
98) BANTUAN MEMBINA RUMAH KERAJAAN PERIHATIN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos seunit rumah dan bilangan rumah telah siap dibina sejak 2014?
-
Apakah faktor-faktor telah dikenalpasti dan ditambah baik kes lewat binaan rumah pemohon yang telah diluluskan? Senaraikan.
-
Adakah apa-apa pertimbangan khas bagi kes mangsa rumah terbakar untuk mendapat bantuan ini?
98) CARUMAN KUBUR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan hasil dan perbelanjaan caruman kubur dalam 5 tahun yang lepas.
98) PENGAMBILAN SYABAS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini kerajaan negeri dalam urusan pengambilan syarikat bekalan air Selangor (Syabas) ?
98) PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi Tourism Selangor dalam mempertingkatkan pendapatan sektor pelancongan bagi tahun 2008-2009?
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam pembangunan eko-pelancongan di Daerah Hulu Langat?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam usaha mempromosikan Bandar Kajang sebagai Bandar Sate?
98) BANGUNAN PKNS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Bila bangunan tersebut akan beroperasi atau dimanfaatkan?
98) PELANCONGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan bagi program pelancongan Negeri Selangor?
-
Berapakah bajet bagi program pelancongan perubatan (medical tourism)?
-
Apakah rancangan menarik perhatian pelancong bagi program pelancongan Negeri Selangor dan program pelancongan perubatan (medical tourism) dari pelancong Asia Tenggara terutamanya dari Indonesia?