98) GLC
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sila perincikan kesemua GLC yang terdapat di Selangor
-
Senaraikan jumlah keuntungan/ kerugian yang dicatatkan oleh kesemua GLC tersebut sepanjang tahun 2006, 2007, 2010 dan 2012.
-
Apakah tindakan Kerajaan Selangor kepada GLC yang mencatatkan kerugian.
98) SASARAN INVEST SELANGOR UNTUK PROGRAM HALAL INTERNATIONAL SELANGOR 2019
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan dan sasaran Invest Selangor terhadap program-program Halal International Selangor sepanjang tahun 2019 melalui peruntukan Belanjawan 2019 yang disalurkan?
98) KERACUNAN MAKANAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kes keracunan makanan yang berlaku di kantin sekolah dan restoran dari tahun 2008?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membendung masalah ini?
98) HASIL DAN PERBELANJAAN MEDAN SELERA DI MBPJ
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua hasil dan jumlah perbelanjaan bagi semua medan selera MBPJ bagi tahun 2018 dan 2019.
-
Berapakah bilangan unit atau petak atau gerai yang masih kosong di setiap medan selera dan hasil yang hilang akibat kekosongan?
98) HALATUJU EKONOMI PENDUDUK KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan halatuju ekonomi bagi penduduk kampung di Selangor?
98) PENGGUNAAN TANAH T.O.L. UNTUK MENJANA PENDAPATAN PENDUDUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan tertentu untuk membantu golongan marhaen menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan tanah T.O.L. untuk jangka masa pendek?
-
Apakah sudah ada task force mengkaji penggunaan optima tanah T.O.L?
98) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PIYS bagi tahun 2010?
98) PUSAT DIALYSIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pusat dialysis yang terdapat di Negeri Selangor mengikut DUN?
-
Apakah merancang Selgate untuk memwujudkan pusat dialysis?
-
Berapakah jumlah pesakit dan kos dialysis yang telah diguna dalam Skim Sihat Selangor pada tahun 2023 hingga kini mengikut DUN?
98) PENAMBAHBAIKAN PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Dalam mengendalikan harta PKNS, berapa banyakkah perubahan yang dibuat ke arah penambahbaikan. Senaraikan penambahbaikan tersebut.
98) PASUKAN KESELAMATAN KAMPUNG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan bajet untuk Pasukan Keselamatan Kampung (PKK) adakah bersifat tahunan atau geran sekali sahaja?