98) LANSKAP BUNGA WARNA-WARNI DI DUBAI ADALAH PRODUK MALAYSIA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sistem penyiraman air berteknologi tinggi yang dibangunkan oleh syarikat dari Malaysia. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk memulakan lanskap seperti ini di PBT Selangor sebagai tarikan pelancong?
98) JAMBATAN SIMPANG LIMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah JKR menukar railing yang sediada di jambatan Simpang Lima kepada railing konkrit?
98) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan KDEB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015.
-
Apakah usaha KDEB untuk menambahbaik prestasi kewangan tersebut?
98) STATUS STRATA TITLE DI FLAT SRI PERANTAU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah status permohonan strata title untuk flat-flat Sri Perantau dalam DUN Selat Klang?
98) KAWASAN TANAMAN POKOK BAKAU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan kawasan tanaman pokok bakau yang masih ada di Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memelihara kawasan berkenaan?
98) PEMBINAAN BANGUNAN TEATER SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mohon dimaklumkan kepada ahli dewan kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sepanjang hampir setahun berada di tampuk pemerintahan
-
b) Berapakah perbelanjaan pembinaan bangunan tersebut dan adakah ia mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan?
98) MASALAH ANJING LIAR DAN KEMUNGKINAN PENYAKIT ANJING
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah cara-cara atau kaedah terkini untuk mengelakkan anjing liar yang baru2 ini telah mengancam keselamatan masyarakat dan merosakkan ternakan?
98) KES BUNUH DIRI DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan kes bunuh diri di Selangor perbandingan antara tahun 2018 sehingga kini.
-
Apakah sebab utama yang menimbul kes bunuh diri di Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meredakan kes bunuh diri?
98) MENCONTOHI YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Selangor bercadang mencontohi sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan. Apakah pendekatan pelajaran di bawah YIK?
-
Apakah persamaan dan perbezaan antara YIK dengan Pendidikan Islam di Selangor?
-
Apakah keistimewaan yang dijangka diperoleh masyarakat Islam di Selangor dengan mencontohi YIK?
98) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelancong yang masuk ke Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2023.
-
Nyatakan jumlah pembelanjaan oleh pelancong di Negeri Selangor.