98) PROGRAM PEMERIKSAAN MAMMOGRAM PERCUMA SELANGOR (MAMMOSEL)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Program Pemeriksaan Mammogram Percuma untuk wanita di Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan bilangan yang telah membuat pemeriksaan mengikut DUN sehingga Jun 2020.
98) BANJIR DI KAWASAN KG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Banjir serius berlaku pada awal April 2019 di Jalan Kuyuh, Kg Baru Seri Kembangan. Apakah rancangan terdekat dan jangka masa panjang untuk selesaikan masalah ini?
98) KEMUDAHAN BALAI JKKK MERBAU SEMPAK YANG ROSAK, UZUR DAN USANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan boleh membekalkan kemudahan asas balai raya JKKK yang telah rosak, uzur dan usang?
-
Bolehkah Kerajaan mempertimbangkan sebuah komputer baru bagi kemudahan JKKK?
98) TERNAKAN KERANG DAN KUPANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah hasil pendapatan pengeluaran Kerang dan Kupang di Negeri Selangor dalam Tahun 2010 ?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan lagi hasil Kerang dan Kupang khususnya di Perairan Pantai Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam ?
-
Apakah bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada untuk membantu nelayan-nelayan kecil tersebut supaya dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka ?
98) PELAKSANAAN JANJI-JANJI PILIHANRAYA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Di dalam manifesto pilihan raya ke 12, Pakatan Rakyat menyenaraikan janji-janji pilihan raya yang begitu hebat dan menarik hati rakyat. Di antaranya untuk memberi potongan 20% cukai taksiran, bantuan yuran tadika dan pra-sekolah, bantuan warga emas, bantuan perkahwinandan air percuma. Apakah jaminan kerajaan untuk menyempurnakan janji pilihan raya tersebut dan bila dapat dilaksanakan?
-
Apakah bentuk bantuan kewangan yang telah dilaksanakan sehingga hari ini mengikut janji manifesto tersebut?
98) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan semua laluan Bas Smart Selangor yang ada di semua PBT.
98) PROJEK MRT2
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan MRT2?
-
Nyatakan kesan positif MRT2 keatas lalu lintas sekiranya ia telah beroperasi kelak?
98) BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR MISKIN.
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan asnaf dan fakir miskin yang dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor bagi tempoh 5 tahun.
-
Berapakah jumlah penerima bantuan LZS yang terkesan akibat banjir? Perincikan mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah yang telah diluluskan LZS setakat ini dalam bantuan pasca banjir?
98) KACAU GANGGU DI KAWASAN AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kacau ganggu yang dilakukan minum arak di tempat awam? Terutamanya di kawasan lapang.
-
Adalah kerajaan mempertimbangkan untuk larangan minum arak di tempat awam tengah malam?
98) PROGRAM “I WANT TO TOUCH A DOG”
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Terdapat kekeliruan yang menyatakan MAIS memberi kebenaran dan dinafikan oleh SS Dato' Mufti negeri Selangor. Terangkan apakah sebenarnya yang berlaku.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mempastikan perkara seumpama ini tidak berulang lagi.
-
Adakah sebarang tindakan diambil ke atas penganjur.