97) SEKATAN TERHADAP SUK SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. DATO' Setiausaha Kerajaan negeri adalah Ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia, namun ada ura-ura beliau akan dihalang untuk menyertai mesyuarat tertentu. Apakah status sebenar dakwaan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Jika benar, apakah ini satu penghinaan terhadap status jawatan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah ini membuktikan kerajaan negeri tidak telus dalam urusan pentadbiran selaras dengan slogan mereka?

    Klik jawapan »

98) PEMBANGUAN BERSIFAT POCKET DEVELOPMENT

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Sebagai sebuah perbandaran yang sedang pesat membangun, pembangunan berbentuk pocket development yang berkeluasan kurang daripada lima ekar di Kuala Langat berperanan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat terhadap perumahan. Namun begitu, masalah infrasktrutur di taman-taman perumahan ini seringkali berlaku. Adakah kerajaan berhasrat untuk menwujudkan satu garis panduan untuk mengawalatur pembangunan sedemikian?

    Klik jawapan »

98) BANJIR DI KAWASAN KG BARU SERI KEMBANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut


  1. Banjir serius berlaku pada awal April 2019 di Jalan Kuyuh, Kg Baru Seri Kembangan. Apakah rancangan terdekat dan jangka masa panjang untuk selesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

98) PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR / MBI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jenis-jenis bantuan yang boleh dipohon melalui pejabat Dato' Menteri Besar.

98) KAWALAN KEBERSIHAN TAPAK PERNIAGAAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat banyak kedai atau penjaja tidak mematuhi peraturan-peraturan kebersihan seperti memasang atau membersihkan alat pelapis minyak dan menyebabkan kesumbatan longkang. Apakah rancangan yang akan dilaksanakan demi menjaga kebersihan kawasan setempat?

    Klik jawapan »

98) PROGRAM PEMERIKSAAN MAMMOGRAM PERCUMA SELANGOR (MAMMOSEL)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini Program Pemeriksaan Mammogram Percuma untuk wanita di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan bilangan yang telah membuat pemeriksaan mengikut DUN sehingga Jun 2020.

    Klik jawapan »

98) KEMUDAHAN BALAI JKKK MERBAU SEMPAK YANG ROSAK, UZUR DAN USANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan boleh membekalkan kemudahan asas balai raya JKKK yang telah rosak, uzur dan usang?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah Kerajaan mempertimbangkan sebuah komputer baru bagi kemudahan JKKK?

    Klik jawapan »

98) TERNAKAN KERANG DAN KUPANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hasil pendapatan pengeluaran Kerang dan Kupang di Negeri Selangor dalam Tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan lagi hasil Kerang dan Kupang khususnya di Perairan Pantai Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada untuk membantu nelayan-nelayan kecil tersebut supaya dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka ?

    Klik jawapan »

98) PELAKSANAAN JANJI-JANJI PILIHANRAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Di dalam manifesto pilihan raya ke 12, Pakatan Rakyat menyenaraikan janji-janji pilihan raya yang begitu hebat dan menarik hati rakyat. Di antaranya untuk memberi potongan 20% cukai taksiran, bantuan yuran tadika dan pra-sekolah, bantuan warga emas, bantuan perkahwinandan air percuma. Apakah jaminan kerajaan untuk menyempurnakan janji pilihan raya tersebut dan bila dapat dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk bantuan kewangan yang telah dilaksanakan sehingga hari ini mengikut janji manifesto tersebut?

    Klik jawapan »

98) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan semua laluan Bas Smart Selangor yang ada di semua PBT.

    Klik jawapan »