97) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Adakah rancangan MBI untuk membangunkan jumlah keluasan 5,000 ekar tanah secara usahasama dengan pemaju-pemaju swasta seperti yang dilaporkan di The Edge (2 Mac 2015)?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan sebab-sebab keputusan ini dibuat.

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan rancangan ini.

    Klik jawapan »

97) PENCERAMAH BERTAULIAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah ulama serta penceramah yang telah diluluskan tauliah mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang diperlu dipenuhi bagi mendapat tauliah dan pihak manakah yang meluluskan permohonan?

    Klik jawapan »

97) PEKERJA WARGA ASING DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pekerja warga asing di Selangor dari 2010-2015? Sila huraikan mengikut negara asal dan industri yang diceburi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tahap pendidikan mereka?

    Klik jawapan »

  3. Adakah rancangan konkrit kerajaan negeri untuk menarik pekerja berkemahiran tinggi (skilled workers)?

    Klik jawapan »

97) KEMUDAHAN UNTUK BERSUKAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Setiap taman perumahan di Negara ini disediakan padang bagi membolehkan penduduk setempat, terutamanya remaja dan belia bersukan di masa lapang. Baru-baru ini, rakyat khususnya golongan muda telah merungut dan merasa tidak puas hati dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan memasang papan tanda melarang mereka bermain bola di atas padang-padang ini. Malah ada ketikanya mereka telah diganggu dengan kehadiran pihak polis yang telah dipanggil oleh penduduk yang kurang senang dengan perbuatan remaja-remaja ini melanggar larangan yang telah dikeluarkan. Langkah melarang belia dan remaja bersukan adalah sesuatu yang tidak bijak dan mampu mengundang mereka terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat. Apakah rasional kepada tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, khususnya oleh Majlis Perbandaran Selayang mengeluarkan larangan tersebut, sedangkan selama ini tidak pernah ada rungutan dari penduduk setempat berkaitan masalah yang dihadapi ketika belia-belia ini bermain?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan alternatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan remaja dan belia setempat menggunakan padang yang disediakan untuk bersukan tanpa perlu mencari tempat permainan lain yang pastinya memerlukan mereka mengeluarkan perbelanjaan

    Klik jawapan »

  3. Tiadakah rancangan Pihak Berkuasa Tempatan menaikkan pagar di sekeliling padang di taman-taman perumahan bagi membolehkan remaja-remaja ini bermain dan dalam masa yang sama menjaga keselamatan rumah dan kenderaan penduduk berdekatan?

    Klik jawapan »

97) PENGUATKUASAAN TAMAN KANAGAPURAM, SEKSYEN 18, PETALING JAYA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Sila butirkan senarai premis yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan ini.

    Klik jawapan »

  2. Bagi setiap premis tersebut (bukan keseluruhan), sila butirkan semua tindakan penguatkuasaan yang pernah dan sedang diambil oleh MBPJ.

    Klik jawapan »

97) BANTUAN KEBAJIKAN DAN BANTUAN RUMAH ASNAF PUSAT ZAKAT SELANGOR.

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan rumah asnaf yang telah didirikan dibawah rumah bantuan asnaf oleh PZS Daerah Klang Di Dun Meru sejak 2008 Ð 2011? Senaraikan semua pemilik rumah dan lokasi tersebut.

  2. Apakah kriteria utama yang diambil kira untuk melayakkan mereka memohon bantuan ini?

97) BEKALAN AIR PAHANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini projek penyaluran dan pembelian air dari negeri Pahang ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah wujud impak sosial dan alam sekitar hasil daripada projek penyaluran air ini?

    Klik jawapan »

97) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Apakah langkah-langkah atau perancangan untuk mengatasi sisa sampah di kampung?

    Klik jawapan »

97) SUKAN BOLA SEPAK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan sebab utama kemerosotan pasukan bola sepak Selangor pada tahun ini di dalam Liga Malaysia dan Piala Malaysia walaupun kerajaan negeri telah memberikan insentif tajaan melalui MENTERI BESAR INCORPORATED?

    Klik jawapan »

97) PENGANGKUTAN AWAM – BRT KUALA LUMPUR – KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini cadangan BRT Kuala Lumpur Ð Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan di mana salah satu stesen akan didirikan sekitar Icon City (SS 9) atau tapak Kontena Nasional (juga cadangan hospital awam baru) di kawasan SS 10, Petaling Jaya?

    Klik jawapan »