97) JUMLAH BELIA YANG SUDAH DIBANTU
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri mewar-warkan pelbagai program untuk membantu belia-belia anak Selangor membina masa depan dengan kehidupan yang lebih sempurna. Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?
-
Berapakah jumlah belia-belia di negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?
97) PELANCONGAN PEKAN HERITAGE BATU ARANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Batu Arang telah menjadi tempat kunjungan pelancong untuk berbasikal, apakah perancangan kerajaan untuk menaiktaraf infrastruktur basikal untuk memastikan keselamatan penunggang basikal?
-
Apakah rancangan baru kerajaan untuk menaiktaraf dan menarik pelancong ke pekan Batu Arang?
97) PERSIAPAN SUKMA 2026
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan sukan-sukan yang akan diadakan di SUKMA 2026.
-
Nyatakan peratusan pembinaan semua tempat pertandingan samada dewan atau stadium yang akan diadakan.
97) PELAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah majlis-majlis perbandaran dalam negeri Selangor akan merancangkan untuk menerbitkan pelan utama untuk meningkatkan bilangan dan kapasiti kemudahan awam, selaras dengan piawaian yang ditetapkan dalam Rancangan Negeri Selangor 2035?
97) PERUNTUKAN PEMBAIKAN PADANG PERMAINAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan bagi tahun 2013 untuk membaiki peralatan permainan kanak-kanak di padang permainan Taman Perumahan di Daerah Kuala Langat mengikut susunan 24 zon.
-
Nyatakan jumlah kos yang belanjakan untuk setiap padang yang dibaiki.
97) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelan-pelan untuk meningkatkan prestasi setiap PBT selepas kenaikan cukai tafsiran.
97) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang bagi projek pembangunan perumahan yang baru mesti dikenakan syarat menyediakan kawasan riadah dan juga kawasan hijau dalam usaha mewujudkan Ógreen lungÓ.
97) KELAYAKAN KAKITANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Mengikut sijil kelayakan yang ada dari setiap PBT, berapakah kakitangan di setiap PBT berupaya berkomunikasi dengan Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, atau Kantonis?
-
Bagaimana PBT mengatasi masalah komunikasi jika pengadu tidak fasih dalam Bahasa Melayu
97) TOL HARAM BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini mengenai isu ÒTol HaramÓ yang dikenal pasti di kawasan Bukit Beruntung?
97) PENGGUNAAN AIR LOMBONG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Selangor akan menggunakan air lombong bagi menampung sekiranya kekurangan air di Selangor. Adakah kerajaan dalam keadaan kritikal menghadapi keperluan air?
-
Menurut kajian, air lombong membahayakan kesihatan, bagaimanakah mengatasinya?
-
Jika benar-benar kritikal adakah kerajaan negeri bercadang menyalurkan air dari luar Selangor?