97) PUSAT JAGAAN IBU DAN BAYI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah garis panduan terkini untuk membuka pusat jagaan ibu dan bayi?
-
Adakah kerajaan mempunyai dasar untuk meletak doktor di pusat jagaan ibu dan bayi sekirangnya ada kecemasan ini memandangkan bilangan ibu yang melebihi 10 orang pada waktu yang sama?
-
Berapa buah pusat yang terdapat di setiap DUN?
97) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butiran terperinci berapakah jumlah kutipan wang zakat Negeri Selangor sejak 5 tahun yang lalu?
-
Sila nyatakan berapakah gaji bulanan dan elaun-elaun yang diterima oleh CEO serta Timbalan CEO Lembaga Zakat Selangor?
-
Sila kemukakan butiran terperinci berapakah jumlah perbelanjaan pengurusan LZS termasuk gaji pegawai dan pengurusan pejabat serta berapakah peratuskah yang dibayar kepada asnaf?
97) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam pembangunan modal insan untuk langkah meningkatkan taraf kehidupan belia?
-
Apakah langkah - langkah dan perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung penularan penggunaan rokok elektronik di kalangan pelajar- pelajar sekolah yang dilihat semakin membimbangkan?
97) PENCEMARAN UDARA PEMBAKARAN SECARA TERBUKA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apa tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pembakaran haram secara terbuka?
-
Pembakaran sampah secara terbuka kerap berlaku di Saujana Rawang pada tengah malam, apakah tindakan Kerajaan untuk penyelesaian?
97) JALANRAYA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Terangkan proses atau prosedur untuk penurapan jalan dengan cara yang betul.
-
Apakah yang mengakibatkan jalan yang diturap tidak tahan lama?
-
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab membuat pemantauan?
97) STATUS PROJEK TEBATAN BANJIR DI TAMAN BAYU PERDANA OLEH MPK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini projek tebatan banjir di Taman Bayu Perdana
97) RODA DARUL EHSAN (RIDE)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan kaedah pelaksanaan Inisiatif RiDE?
-
Berapa ramai yang telah mendaftar dan telah mendapat manfaat daripada RiDE?
97) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program Selangor Mental Sihat (SEHAT) Selangor?
-
Berapakah pengguna telah mendapat perkhidmatan pakar kesihatan mental melalui SEHAT?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pesakit yang tidak mampu membeli ubat psikiatri?
97) PROGRAM MES BAGI PESERTA DUN PAYA JARAS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peserta bagi program TAWAS dan SMUE bagi peserta dalam DUN Paya Jaras?
-
Bolehkah senarai, no telefon serta alamat peserta tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?
97) SEKATAN TERHADAP SUK SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
DATO' Setiausaha Kerajaan negeri adalah Ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia, namun ada ura-ura beliau akan dihalang untuk menyertai mesyuarat tertentu. Apakah status sebenar dakwaan tersebut?
-
Jika benar, apakah ini satu penghinaan terhadap status jawatan tersebut?
-
Adakah ini membuktikan kerajaan negeri tidak telus dalam urusan pentadbiran selaras dengan slogan mereka?