96) SLIP GAJI PEGAWAI PEJABAT DUN TIDAK MELEPASI PINJAMAN BANK UNTUK PINJAMAN MEMBELI RUMAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri dapat membantu pegawai-pegawai pejabat ADUN di Negeri Selangor agar membolehkan mereka membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, sedangkan slip gaji mereka tidak melepasi pinjaman tersebut ?
96) ARAK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Terdapat percanggahan antara enakmen Agama Islam dan undang-undang PBT berhubung dengan penjualan arak. Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam merealisasikan masalah ini.
96) PROGRAM INTEGRASI KAUM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi merapatkan hubungan antara kaum?
-
Nyatakan program-program yang diadakan bagi tujuan tersebut dan kawasan yang diadakan.
-
Apakah tahap keberkesanannya dan bagaimana ia diukur?
96) PERMOHONAN TANAH DIATAS LOT PT 33987 (PLOT 1-PLOT 7) DI ATAS LOT 1450 BT. 20 JALAN KUALA SELANGOR MUKIM RAWANG DAERAH GOMBAK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi peohon yang telah menduduiki tanah tersebut lebih 50 tahun?
96) KAKITANGAN KONTRAK
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kakitangan kerajaan negeri Selangor yang berstatus kontrak mengikut jabatan-jabatan? Berapakah peratus bilangan kakitangan berstatus kontrak yang telah ditukarkan kepada status tetap?
-
Bagaimanakah pihak kerajaan negeri menjaga kebajikan mereka terutama yang telah bertugas dalam tempoh yang panjang?
96) PENYAKIT GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Didapati ramai mengidap penyakit akibat gaya hidup tidak sihat seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang menjadi antara pembunuh nombor satu rakyat. Pada pandangan kerajaan negeri bagaimanakah gaya hidup masyarakat Selangor hari ini?
-
Nyatakan statistik kes kematian akibat penyakit-penyakit tersebut di Selangor?
-
Apakah strategi dan program kerajaan negeri untuk membina gaya hidup sihat rakyat Selangor?
96) KAWASAN HOT SPOT LONGGOKAN SAMPAH HARAM DUN MERU
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan dikenalpasti dan telah dapat dipulihkan?
-
Dimanakah kawasan yang masih aktif dan gagal dipulihkan?
-
Berapakah tangkapan dan sitaan kenderaan mengikut lokasi telah direkodkan? Senaraikan.
96) PORTFOLIO PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil? Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada usahawan kecil bagi membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi?
96) PERATUSAN HASIL CUKAI PINTU OLEH MAJLIS BANDARAYA/PERBANDARAN/DAERAH
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan peratusan dan jumlah kutipan hasil cukai pintu mengikut Majlis masing-masing.
96) PERTANIAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan yang dikenal pasti dan dizonkan sebagai zon perusahaan pertanian mengikut pecahan daerah.
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memodenkan dan memperdayakan golongan petani di Selangor sebagai langkah bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam industri pertanian?