96) KERJA SEPARA MASA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan sedia untuk menguatkuasakan Peraturan-peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa untuk faedah rakyat). Adakah kerajaan negeri sedia untuk melaksanakan peraturan dan polisi ini ?
-
Adakah agensi dan anak syarikat negeri boleh menyedia peluang pekerjaan separa masa ini ?
96) HASIL DAN PERBELANJAAN PASAR DI MBPJ
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah perbelanjaan dan hasil bagi setiap pasar di MBPJ bagi tahun 2018 dan 2019.
-
Bagi setiap pasar, sila senaraikan bilangan petak kosong dan sewa setiap petak tersebut yang tidak dapat dikutip oleh MBPJ.
96) PEMERIKSAAN MAMMOGRAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan menurut DUN jumlah wanita yang menjalani pemeriksaan mammogram pada tahun 2016.
-
Berapakah yang telah dibelanjakan bagi tujuan di atas?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi memperbaiki prestasi ini?
96) MUSIM HUJAN DAN PENGURUSAN CERUN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi sensitif yang diancam kejadian tanah runtuh pada musim hujan akhir tahun.
-
Adakah agensi-agensi terlibat memantau cerun termasuk PBT telah diarahkan memulakan program pemantauan dan apakah tahap persediaan mereka?
-
Berapakah peruntukan yang disalurkan bagi tahun 2012?
96) PENGLIBATAN NGO
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Badan Bukan Kerajaan (NGO) boleh menjadi rakan strategik kerajaan dalam pelaksanaan dasar dan program. Nyatakan bilangan, nama dan fungsi NGO-NGO yang telah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri.
-
Berapakah peruntukan yang telah diberi kepada NGO-NGO berkenaan?
96) BANTUAN KEWANGAN KEPADA JMB ATAU MC
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Selain dari program Skim Ceria, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memperuntukan sedikit bantuan kewangan untuk JMB atau MC yang mengalami masalah kutipan yuran penyelenggaraan bagi membantu penyelenggaraan kawasan JMB?
96) AGENDA SOSIOEKONOMI BUMIPUTERA PKNS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan strategi dan inisiatif PKNS untuk membantu agenda pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera Selangor?
-
Apakah pencapaian PKNS dari 2008-2013 dalam membantu golongan Bumiputera?
-
Berapakah nilai projek yang diperoleh usahawan atau profesional Bumiputera berbanding nilai keseluruhan projek di bawah PKNS?
96) PILIHANRAYA PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan masih relevan?
-
Bagaimanakah Pilihan Raya Kerajaan Tempatan mahu dilaksanakan di Selangor?
-
Apakah proses perundangan yang perlu dilakukan?
96) REL HUBUNGAN PANTAI TIMUR (ECRL)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini projek ECRL di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah tanah yang telah diserah untuk projek ECRL?
96) TUNGGAKAN BAYARAN KONTRAK KERJA ALAM FLORA SDN BHD
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah bayaran tunggakan kepada kontraktor-kontraktor perkhidmatan , pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awan di MPK oleh Alam Flora Sdn Bhd.
-
Senaraikan nama kontraktor-kontraktor yang berkenaan.
-
Senaraikan nama kontraktor baru yang akan mengambil alih kontrak perkhidmatan setelah penamatan Alam Flora Sdn Bhd.